Pagi masih tersenyum girang tatkala kita terima selembar nota dengan deringan bunyi gemersiik merdu. Gigi putih yang biasa kita pamer pagi-pagi demi mencari ceria pantas beralih kuncinya. Kita termenung, sungguh tiada percaya pada perkhabaran yang kita perolehi. Adakah ini puncanya kenapa sekian lama Nazim Gagah tiada bersuara menghilang diri, langsung tidak mahu menjenguk bertanya ceria kita?
Kita tarik panjang dalam nafas, pejam mata beberapa detik, lalu membuka kembali. Kita baca kembali rangkap-rangkap indah penuh berbisa yang kita terima. Sungguh tiada kita sangka begini akhirnya, mana pergi iman Nazim Gagah hingga sanggup bertindak sekuat langkah itu.
“Nazim Gagah di tangkap Panglima Istana Teratak Gnepatirec lantaran dituduh cuba membunuh Dayang Firda Anggun. Esok akan dihadapkan ke balai hakim!”
Kita jadi buntu, tiada tahu apa langkah tingkah harus atur. Kita terduduk, hilang senyum manis, hilang daya perkasa. Nazim kenapa begini sudahnya? Salah aku kah? Pantas kita berdiri, tinggal segala di depan mata mahu segera ke Istana Teratak Gnepatires mencari Nazim Gagah, paling tidak pun sekadar mendapat sedikit cerita khabar tentang dia. Oh, Nazim harus beginikah jadinya?

No comments:
Post a Comment