Berdua-duaan itu tentu menarik. Segala boleh dikongsi. Boleh saja diluahkan tanpa perlu memikirkan tentang orang lain.
Tapi seronokkah kalau sekadar berdua di dalam satu rumah yang boleh memuatkan 5 orang (untuk suasana yang selesa)?
Semalam, hari terakhir Hariri di rumah bujang kami. Alhamdulillah, dia memperolehi tawaran KPLI dengan panggilan segera. Isnin dijemput melalui panggilan dan Rabu melaporkan diri. Aku nampak Hariri seperti teragak-agak dengan keputusannya. Kalau dia balik nanti, aku redhakan saja. Jadi sekarang ini, Lima tinggal empat.
Qhadri akan sedang menghabiskan sisa-sisa yang ada di KL selepas habis Latihan mengajar. Kemudian pulang ke kampung merehatkan diri. Empat tinggal tiga. Kemudian Kay pula yang akan bekerja di laut, jadi tiga tinggal dua. Lalu berdua-duaan aku dengan Afif. Oh, tinggal berdua. Teringat bagaimana tinggal berdua dengan Shuq. Tanpa Televisyen lagi membosankan kerana sudah tiada apa untuk dibualkan. Itu dengan Shuq yang banyak mulutnya, dengan Afif?
Sekarang ini sudah lain rasanya, menunggang motorsikal seorang diri, tidak seperti selalu berdua-dua dengan Hariri. Perjalanan seorang diri KL-Putrajaya tentu saja memenatkan.
“Hariri sudah dapat kerja, kamu Fairus bila pula?” tanya seorang teman sepejabat yang lebih tua.
“Belum ada rezeki.”
“KPLI tak minta ke?”
“Tak, saya minta yang minat saja?”
“Sekarang tak boleh pilih kerja, minta sahaja.”
“Tak nak lah saya.”
“Sebab memilih tu la tak dapat kerja.”
Ah, biarlah orang nak kata apa. Keputusan universiti rendah, itu sebab tak dapat kerja lain. Atau apa saja alasan. Paling penting aku tahu apa yang aku buat. Prinsip mencari kerja pada aku adalah ‘mencari sesuatu yang sesuai dengan minat dan boleh bekerja dengan gembira sepanjang masa’. Aku tidak boleh menghadapi stres kerja terlampau.
Fikir pasal tinggal berdua ini juga sudah cukup memberi tekanan. Tapi kalau ada teman serumah yang tidak sebulu juga lagi kuat stres. Oh, susah begini. Kenapa kita mesti berpisah akhirnya?

4 comments:
takpe peng insyallah nnt dpt keja yg lebih baik aminn
salam
mesti rasa sunyi tambahan rumah besar. tak pe. tentu ada hikmah.
soalan itu juga saya sering tanya
kenapa Tuhan ciptakan pertemuan kalu adanya perpisahan?
tapi maybe itula pengajaran yg saya peroleh
yg semuanya xkekal & utk mematangkan saya
so, abg peng, jgn la pilih2 keje
tyme2 camni pon nak memilih?
ahah
wat saya risau je, kot2 sy pon susah nak cari keje nanti~
saya pon memilih gak ni
haiyoh~
eisha:: amin..
Irtiyah:: oh.. rumah kecik saja.. cum atidak boleh sunyi..
ezzat: a.peng akan terus memilih kerja...huhuhu
Post a Comment