Tuesday, July 28, 2009

Kahwin Bukan Kerja Mudah

Perlukan perkahwinan itu disambut meriah? Perlukan perkahwinan itu dicantikkan dengan khemah yang pelbagai warna? Perlukan hantaran itu dihias cantik dengan barang-barang yang berjenama besar? Perlukan pengantin disarungkan dengan pakaian yang indah? Perlukah jamuan yang lazat-lazat? Perlukan dijemput semua sahabat handai dan saudara mara?
Cinta padanya masih sudah tidak tertahan. Duit hanya sedikit yang ada. Keluarga sudah bertanya-tanya. Dia sudah memberi kata dua, ada orang mahu menjadiakannya isteri. Masih perlukan menunggu? Atau kahwin saja?
Menemui seorang gadis yang memberi kata dua cukup menakutkan. Kawan untuk bersahabat atau kawan untuk satu berkahwin? Pertanyaannya perlukah dijawab segera kerana katanya perkahwinan itu perlu disegerakan. Lagi, kalau sekadar bersahabat tidak perlu berlebih-lebih. Perkahwinan itu satu ikatan untuk saling menerima dan merasai pahit manisnya. Ikatan yang tidak boleh dileraikan atau dibuang seperi persahabatan biasa.
Oh, aku masih mengidamkan sebuah perkahwinan di taman indah. Diangkut dengan kereta kuda. Bahkan diulit dengan hantaran yang berjenama. Paling penting segalanya sempurna. Bolehkah aku menerima kahwin seringkas itu? Sekadar akad nikah, jamuan untuk saudara terdekat dan mas kahwin yang tidak membebankan.

5 comments:

Irtiyah said...

salam

mungkin awak akan jumpa jawapannya dalam aliran agama. perkahwinan dan agama pastinya tidak boleh dipisahkan.

semoga bertemu jawapan yang diredhaiNya.

hmmm ini pandangan peribadi yang disulami kasih sesama saudara seagama. tak ada niat nak melukakan.

naQiu said...

tinggi deh abe peng berfalsafah pasal nikoh kawen nih..

teddybearhijo~ said...

ala abg peng ni, napa xtuko setting comment, bia die kua kat pop-out windows...

btw.
kawen?
hum.
mungkin xramai yg mau kan majlis semudah itu, simple.

dan mungkin juga yg idamkan simple mcm tu xkesampaian sebab realitinya kawen tu owang slalu pikir xleh simple2,mudah2. kene grand2...


papepon, soalan copu omaih...

abg peng nak kawen dah ke?
huu...









*tengok, die siap bubuh word verification lg tuh...*

Insyirah said...

Perkahwinan saya nanti berkemungkinan di antara yg paling simple. Tiada barang hantaran, tiada pelamin, tiada taman-taman, tiada perhiasan yg grand-grand.

Cuma berharap semuanya berjalan dgn lancar nanti. Kalau boleh, saya nak nikah saja. Tak mau buat kenduri. Huhu.

Awk pun pasti boleh terima perkahwinan yg sebegitu sekiranya kita sama-sama faham konsep perkahwinan yg sebenar. I guess so.

Wallahua'lam.

Cik Awan Butirstar said...

bare nok, bare jadi..