Friday, July 24, 2009

Cerita Putra Eskandar Nazim Gagah: Majlis Kejutan Ulang Tahun Kelahiran.

Merencanakan majlis terkejut bukan senang. Macam-macam perlu diatur. Baik makanan, minuman atau juga jemputan. Al Kisahnya, Putra Eskandar Nazim Gagah mahu mengadakan satu kejutan untuk temannya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran. Lalu diajak Emir Yasir Mayang Arjuna Nusantara untuk berbincang bersama-sama. Maklumlah Emir Yasir M. Arjuna N. ini geliga orangnya. Belajar di Usbu’ul Mukminin, yang menjadi pusat terhimpunnya segala macam ilmu dan cendikiawan-cendikiawan. Usbu’ul Mukminin itu juga tempat Emir Yasir M. Arjuna N. mencari pendapatan. Katanya menggunakan tulang empat kerat sambil menghambat peluang untuk belajar bagi mendapatkan makam sarjana.

“Macam mana Usbu’ul Mukminin sekarang? Dengar khabar perjalanan keluar masuk sedikit terganggu dengan rencana baru panglima-panglima.” Pembuka biara P.E Nazim Gagah, saja berbasa basi.


“Eh, Usbu’ul Mukimin sudah ditukar nama semenjak hantu-hantu puaka dan C4 menggangggu sepurnama lalu?” balas Emir Yasir M. Arjuna N.

“Habis apa namanya sekarang? Ramai yang tidak tahu. Rasanya belum dikhabarkan lagi kepada rakyat jelata.”

“Ummu Maktabah.”

“Laksana nama seorang ibu misali.”


“Tentu saja. Ummu Maktabah nama yang sesuai untuk pusat cendikiawan yang sudah lebih sedekad usianya.”

“Ah, sudah cukup berbasa-basi. Niat asal aku adalah untuk membincangkan tentang majlis terkejut untuk ulang tahun kelahiran kawanku.”

“Siapa?”

“Belum boleh bagi tahu lagi, nanti kau pecahkan rahsia.”


“Kalau begitu kau fikirkan sendiri!”


“Jangalah merajuk begitu. Kalau bukan dengan kamu, siapa lagi aku boleh menumpang kasih. Hanya kau yang masih belum berpunya. Syed Hafiz U.Q dan Kamil Antah Y. sudah dimiliki orang. Tidak lagi boleh ditumpang kasih. Nanti dimarahi dan dicemburui. Hanya engkau saja tempat bergantung harap.”


“Eh, ingat aku masih tidak berpunya ke?”


“Kamu mana lagi berpunya. Baru hampir-hampir. Jadi, aku masih boleh bermanja sedikit. Nanti kalau sudah berpunya, tiada lagi aku boleh menumpang cinta.”


“Ya.. Ya.. tapi pasal majlis terkejut aku bukan ada pengalaman.”

“Habis tidak pernah terkejut lagi? Ingatkan aku seorang saja yang tidak pernah terkejut.”

“Aku rasa ada juga rancangan supaya aku terkejut, tetapi tidak berjaya.”

“Oh, begitu. Kesian penganjurnya. Tidak pandai bermain-main sehingga kamu tidak rasa kejutan.”
“Kejutan itu pun sekadar sebuah manisan bulat berwana lumpur hitam yang ada buah beri yang ditelengkup terbaik. Kalau sekadar begitu tidaklah terkejut kerana sudah biasa dengan yang bulat-bulat ini. Lagipun dihantar melalui tangan orang. Tiadalah rasa terkejut atau terharu. Bahkan dia yang aku kejutkan.”

“Bagaimana kau membikin dia terkejut?”

“Aku katakana kek itu tidak dimakan. Cerita saja kepadanya, kek itu diterima mamaku dari seorang lelaki tua berjubah putih. Jadi siapa mahu makan manisan yang barangkali disihir itu.”

“Habis apa jadi?”

“Dia mengaku kerana mahu aku makan. Mana boleh teruna perkasa sepertiku dikejutkan. Mahu jadi seorang bangsawan istana, perlulah tajam akalnya. Tidak mudah terkejut melatah dengan rancangan terkejut.”

“Ah, jangan kenakan aku balik. Sebab tidak pandai mengajutkanlah aku mencari kamu. Sekarang, untuk rancangan kejutan aku ini bagaimana?”

“Begini, serbu saja rumahnya. Bawa segerombolan unta atau kuda. Kemudian panggil juga pemain keroncong atau gamelan. Nanti bila semua tetangga keluar melihat. Khabarkan kejutan. Lalu hulurkanlah bingkisan yang disediakan.”

“Satu majlis kejutan ke? Mencari kuda dan unta pun susah. Aku yang terkejut nanti. Silap-silap terkna angin ahmar seperti pendokong perempuan botak.”

“Kalau begitu. Upah saja beberapa budak jahat. Tahan pedati Bangau Laut Malam versi saga biru itu di persimbangan jalan. Rampas pedati dan bawa dia ke tempat majlis. Raikan saja di taman gelap. Pasangkan lilin. Kau dan kawan-kawan tunggulah di sana.”


“Wah, cadangan ini bukan lagi kejutan. Takut nanti seldadu itu datang menangkap."

“Macam-macam alasan kamu! Fikirkan sendiri saja.” Emir Yasir M. Arjuna N. menarik muka sepuluh kali lebih masam dari belimbing buluh. Melihat raut wajah P.E Nazim Gagah yang berubah , mengaku kalah. Dia kembali bersuara, “Untuk siapa majlis ini?”


“Untuk seseorang.”

“Aku tanya baik-baik ini jawablah. Kalau aku cakap kasar-kasar pula lain bahasa muka kamu.”


“Untuk kekasih hati Syed Hafiz U. Q.”


“Beritahu saja namanya. Mahu berdalih lagi.”

“Oh, ini rahsia turun temurun. Tersebar rahsia ini hilang kepalaku.”

“Kepala apa? Kepala lutut?”

Sekadar itu cerita daripada P.E Nazim Gagah. Tiadalah kita dapat pengajaran daripada cerita kali ini. Cuma itu cara kita berbasi-basi. Baik kita teruskan saja pada niat kita. Semalam, 23 Yunyu, ada beberapa orang rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Jadi ingin kita merakamkan sedikit bicara.




Untuk Kakanda Yasmin Raihana,
Semoga bahagia selalu dan bertambah ceria. Makin kecil comel. Makin Putih melepak. Makin bertambah cinta. Makin cepat jodoh. Hasilnya, dapatlah kami menikmati nasi beriani dari keturunan raja Johor.


Untuk Adinda Wan Syahida,
Biar indah hidup sentiasa. Biar manis sentiasa. Biar kekal cintanya. Biar manis rindu padaNya. Biar bertambah rezeki. Kelak boleh kita menumpang sedikit jua. Hormatilah orang yang lebih tua selalu walaupun beberapa bulan lebih tua seperti kita. Eh, sudah tuakah kita.

Akhir sekali, tidak lupa kepada ayahanda Perdana Menteri.
Mudah-mudahan ayahanda terus berkerja keras agar rakyar marhaen boleh merasa nikmat kebajikan. Moga betul-betul rakyat diutamakan. Tidak lagi memeras hati rakyat seperti jahamannya pemimpin-pemimpin dunia yang bertopengkan Yahudi.

p/s: P.E Nazim Gagah baru saja beritahu. Kejutan tidak jadi kerana aku tidak mahu bekerja sama. Oh, mati. Nanti aku dimarahi.

2 comments:

Hilman Nordin said...

Fuuuuh... Lega~

Wan Syahida said...

Yang lebih tua itu sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, bukankah Tuan Putra Eskandar?

Terima kasih atas segala doa dan ucapan. Sila jangan lupa majlis yang telah direncanakan pada hujung minggu ini. Insya Allah.