Wednesday, July 8, 2009

Cerita Putra Eskandar Nazim Gagah

Cerita ini tentang seorang lelaki bernama, Putra Eskandar Nazim Gagah. Bukan seorang putera cuma ibunya yang menamakan begitu. Putra Eskandar N.G orangnya suka berkawan. Baik dengan lelaki atau perempuan. Selalu saja diajak kawan-kawannya ke sana ke mari baik hujung minggu atau hari-hari bercucuk tanam. Baik waktu bulan masih bersabit juga ketika sudah purnama.

Maklum sahaja sekarang musim durian, jadi Putra Eskandar N.G mengajak kawan-kawannya ke sebuah restoran yang namanya Syok Sungguh 2 untuk menikmati hidangan makanan berasaskan durian. Putra Eskandar N.G ini tidak boleh makan durian segar kerana tidak tahan bau tetapi peliknya, dia masih boleh makan kuih-kuih berasaskan durian. Dikatakan mengidam orang lelaki, tetapi memang Putra Eskandar N.G berhajat benar mahu makan durian.

Kawan karibnya, Syed Hafiz Unggul Qusairi memang mahu menemani tetapi tidak boleh menurut kehendak Putra Eskandar N.G kerana setiap malam dia ada kelas mengaji kitab. Maklum saja kerabat orang baik-baik, ramai mahu menumpang ilmu agamanya. Mat Nilam Osman Rendah dan Qabil Azwan Debok bersetuju sahaja mengikut. Namun perancangan pertama gagal kerana malam Selasa hujan bertimpa-timpa.

Lalu Putra Eskandar N.G mengajak pula kawannya untuk makan malam Khamis. Syarifah Humairah Yong Emira teruja untuk menemani Putra Eskandar N.G selepas diberitahu tentang rancangan hebat ini. Tambah pula Syok Sungguh 2 memang terkenal dengan menu duriannya. Takkan S. Humairah Y. Emira seorang saja perempuan yang mengikut, jadi untuk mengelak dipanggil perempuan jalang, diajaknya Nurain Asmara Nan Indah ikut sama. Putra Eskandar N.G bersetuju saja dan diajak juga kawannya seorang lagi iaitu Mastura Anggerik Harum.

Ada saja rintangan yang datang. Mat Nilam O.R dan Qabil Azwan D tidak dapat turut serta. Entah apa masalah tidak diberitahu. Putra Eskandar N.G sudah tidak mahu pergi pada mulanya tetapi mengenangkan janji dan hajatnya dia memberitahu masalah tersebut kepada kesemua gadis-gadis yang mahu mengikuti. Mereka tidak kisah dan bersetuju. Maka walaupun seorang saja kumbang Putra Eskandar N.G perg jua. Bubur kacang hijau durian dengan air durian coklat menu pilihan Putra Eskandar N.G. Mastura A. H makan pengat durian versi Kelantan kerana mahu kekalkan asal usul. Nurain Asmara N.I pula makan ABC durian sahaja. Diet katanya. Tidak boleh makan banyak. S. Humairah Y. Emira pula makan pulut durian orang minang. Bersuka ria mereka malam itu. Makan sambil bercerita tentang hal masing-masing dan isu semasa.

Lepas dua minggu, masalah datang dari Mastura A.H. Mereka bercerita melalui Yong Maimunah (Y.M). Rupanya Mastura A.H sudah bertunang dan dia tidak memberitahu tunangnya akan aktiviti mereka.


Mastura A.H:Awak bagi tahu siapa lagi kita keluar hari tu?
P Eskandar.N.G:Kenapa?
Mastura A.H: Tunang saya tahu. Oh, matilah!
P Eskandar.N.G: Saya bagi tahu budak-budak rumah, Azwan Debok dan Osman Rendah .Mereka pun mana kenal tunang awak.
Mastura A.H: Dia dah merajuk ni. Tak tahu nak buat macam mana ni. Kita kena kuarantin hubungan kita kejap. Tak boleh nak keluar lagi.
P Eskandar.N.G: Ok. Bagi tahu dia elok-elok. Cakap saja saya ni pondan. Bukan ada nafsu dengan perempuan sikit pun..
Mastura A.H: Oh, boleh ke cakap macam tu?
P Eskandar.N.G: Lagi beritahu, kalau dia keluar sekali dengan kita hari tu, mungkin dia kena goda dengan saya. Cakaplah awak lebih rela dimadukan dengan perempuan sejati daripada mak nyah.
Mastura A.H: Kalau macam tu, saya ajak dia keluar sekali dengan kita hujung minggu ni. Nanti dia tak percaya pula. Lepas itu awak jangan lupa make up dan pakai baju perempuan.. boleh?
P Eskandar.N.G: Kalau itu boleh memperbaiki hubungan awak dengan dia, saya sanggup. Tapi belikan saya blous saiz s. Bunga pink. Kasut tumit tinggi sekali.
Mastura A.H: Baik. Nanti saya bawa awak pergi buang bulu di spa. Nak ke?
P Eskandar.N.G: Oh, nak.. nak. Bestnya. Facial sekali ya.
Mastura A.H: Kita serious la.
P Eskandar.N.G: Siapa nama tunang awak tu?
Mastura A.H: Khairul Joni Mat Lampai.
P Eskandar.N.G: Ya, Allah. Patut la dia tahu. Kami kawan sembang di kedai makan muka buku. Semalam saya tunjuk gambar awak dan cakap inilah bakai isteri saya.


Mastura A.H terus letak Yong Maimunah.


Tidak tahu bagaimana Putra Eskandar N.G mahu berdepan dengan masalah ini. Rasanya dia mesti dah serik mahu bersosial dengan perempuan ini. Baru dia ingat mahu mengajak mereka pergi ke dusun longan Kiambang Intan Normah Orkid hujung minggu ni.

Mujur aku makan dengan budak-budak rumah sahaja.

6 comments:

Hilman Nordin said...

cerita ini best. skarang sy dah tahu banyak perkara berkenaan nazim gagah dan rakan-rakan di sekitarnya. hehe

Kinokids said...

Kiambang Intan Normah Orkid

Pergh.

p/s: gi cari makwe n masuk meminang terus. susah sangat. haih.

p/p/s: apa kata saya jalankan kamu dengan Athirah Nur Aina nak tak?

hahahaa.

Aku bagi nama lagi sedap =p

Insyirah said...

Sesak nafas nak tahan gelak kat ofis. Adehhh..adehh...

pssstt: Cik Shye yg suh baca. Haha. Kesimpulannya, saya faham cerita ini. Yehhh... :p

fairuspeng said...

Hilman::: apa yang banyak tu....?

Kino: salah.. nama dia Anggun Nurathirah Angsana....
ni bukan pertandingan mereka cerita dengan nama sedap

Insyirah: Sabar ya... yang gelak lebih.. awak tu tunangan orang...hihi

Kinokids said...

ya. sukahati kamu. unsur klasik pada nama perlu dikekalkan.

Mahukah kamu dijalankan dengan Anggun Nurathirah Aina?

p/s: peng, kamu serius sesuai menulis cerita satira begini. novel biasa? kamu perlu banyak belajar lagi. tapi bab ini, saya tabik sama kamu.

Anonymous said...

salam alaik..kino..awak sajer jer kan nak kena kan sayer..suker hati jer erk..huhu..siap awak nanti..