Tuesday, September 13, 2011

UPSR Dalam Kenangan

Hari ini adik-adik di sekolah rendah ambil peperiksaan UPSR.

Teringat masa zaman sekolah rendah dahulu. Bilik peperiksaan sudah dibiasakan semasa peperiksaan percubaan lagi. Cikgu kata awak tahu siapa depan, belakang, kiri dan kanan, jadi senan . Senang nak meniru barangkali. Kertas OMR pun cikgu telah lorekkan nama dan no giliran serta yang lain. Masih kanak-kanak!!

Paling terasa adalah malam sebelum menghadapi peperiksaan, Mi tolong siapkan kelengkapan. Asahkan pensil baru banyak-banyak. Air pun bawa bekal istimewa. Kalau tidak silap air solat hajat dengan kismis. Pagi-pagi tu pula minum air zam-zam yang yang sudah direndam dengan kismis semalaman. Masa tu, Mi ambil segala tip dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Mi la yang sibuk mengalahkan aku yang mengambil peperiksaan. Maklumlah anak pertama!!

Debaran seorang ibu jauh lebih daripada debaran seorang anak barangkali. Hari ni di pejabat, seorang rakan sekerja (perempuan) menceritakan debaran yang dialaminya kerana anak sedang menduduki peperiksaan. Majikan aku yang lama (lelaki) juga begitu, dia mengambil cuti untuk menemani anak bongsunya yang mengambil peperiksaan. Sungguh degup jantung ibubapa lebih dari seorang anak barangkali.

Tapi apabila mendapat keputusan, dengan siapa anak-anak lebih berkongsi gembira? Aku tentunya lebih banyak berkongsi dengan rakan-rakan sekelas. Juga tidak dilupa adalah guru-guru. Kami sepakat membeli hadiah untuk cikgu. Namun keluarga hanya mengetahui kemudian. Mungkin kerana zaman itu tiada penggunaan telefon bimbit. Uh, aku, seorang anak nakal selalu begitu, melupai orang yang paling menyayangi.

Cikgu selalu berpesan. UPSR adalah langkah pertama menentukan sehebat mana langkah. Katanya, selepas UPSR ada yang melangkah dengan kapal terbang, kereta, lori dan basikal bergantung kepada keputusan yang diperolehi. Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat dianggap cemerlang. Namun sedikit aku kecewa pada waktu itu kerana tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah asrama penuh. Tidak dapat naik kapal terbang, sekarang menunggang motorsikal. Walaubagaimanapun, kini aku bersyukur pada ketentuannya. Dia memilh aku untuk melalui jalan yang indah berpayungkan agama. Melanjutkan pelajaran di sekolah asrama beragama sungguh banyak memberi pengajaran.

Waktu aku belajar dahulu sekadar empat mata pelajaran tanpa sain. Padaku ini sunggup merugikan. Sepatutnya matapelajaran Pendidikan Islam dijadikan sebahagian daripada ukuran kejayaan. Tanpa agamalah orang dewasa hilang pertimbangan. Mujur aku mengalami zaman remaja di sebuah taman indah penuh bunga-bunga agama. Alhamdulillah, sedikit aku terperisai daripada serangan dosa.

2 comments:

Eisha said...

teringat zaman upsr dulu mak & ayah sanggup cuti sebab nak teman kan kita yg amek upsr ni..besar sungguh pengorbanan mereka :|

fairuspeng said...

itu le Eisha.. kita nanti macam mana agaknya