Wednesday, September 21, 2011

Belajar di Aidilfitri 2

I

Khamis lepas kami rakan sepejabat berpakat untuk membuat jamuan kongsi @ potluck. Lalu aku gigih menolong teman serumah memasak. Mula-mula cadangnya untuk memasak kari kambing tetapi apabila mengenangkan ramai yang tidak boleh menikmati kambing lalu aku menukar menu kepada kurma telur dan sambal udang agar sesuai dengan nasi jagung yang dibawa oleh seorang temaan.

Aku masih berkira-kira untuk membeli udang dan telur. Maklum sahaja sudah lewat bulan dan sedang menunggu masa untuk mendapat gaji. Apabila ku bertanya kepada tukang masak, Abang Nazir jawabnya ringkas. “ Kita nak bagi orang makan ni dik biarlah puas. Jangan sampai ralat. Tak payah berkira-kira.”

Aku senyum mendengar ulasannya. Lalu udang kubeli hampir sekilogram dan telur aku ambik sahaja sedozen. Lunaskan segala untuk dibawa ke pejabat. Itupun aku masih tinggalan sedikit kurma telur dan sambal udang untuk dinikmati sekembali dari pejabat.

Gambar hari raya di pejabat, penuhkan meja?

II

Kunjungan di musim syawal memang tidak terkira. Aku yang memang suka melantak tiadalah dapat disorokkan keseronokkan. Lalu ada cerita lebih kurang sama berlaku hujung minggu lalu. Hidangan yang disediakan kebanyakannya banyak. Selera pengunjung tidak pernah dihalang. Makan saja apa yang ada. Nikmati sepuas-puasnya. Bahkan dalam satu lawatan hari raya, aku ingin dibekalkan makanan untuk dibawa balik. Mungkin kerana menjadi orang terakhir! Namun aku menolak. Maklum saja tiada perut sudah penuh terisi.

Cerita semasa satu lawatan lagi, katanya kalau orang Jawa, suka menghidang makanan untuk tetamu semasa hari raya. Satu meja sudah penuh dengan segala jenis kuih raya dan satu lagi untuk masakan yang agak berat seperti laksa Johor. Sungguh sampai sekarang aku masih teringat ketika melawat rumah seorang teman, emaknya menyediakan makanan dengan hebat. Setiap makanan dihidangkan mengikut waktu. Waktu aku tiba rotyi jala dan laksa Terengganu sudah tersedia. Kemudian tiba pula laksa Johor. Ketika aku beransur pulang nasi lemak masih lagi di atas dapur. Dia meminta aku menunggu, tetapi aku menolak. Sungguh tetamu dilayan bagai raja.

Bersama Ameerah. Terima kasih Shye untuk puding roti yang hebat!!

Barangkali aku harus lebih belajar menjadi lebih pemurah. Aduh, aku sungguh berkira. Sepatutnya aku bawa segala makanan ke pejabat supaya masing-masing boleh membawa pulang hasil masakan untuk keluarga. Lain kali aku tidak patut menghalang tetamu untuk makan di rumah hingga kenyang. Tapi apakan daya rumah bujang memang begitu. Malam tadi ada juga kunjungan anak-anak kecil yang tidak sempat dilayan. Ah, ralat sungguh. Rumah bujang juga patut ada kuih raya sebalang dua!

8 comments:

Eisha said...

nanti i bg mak baca ek entry ni hehe best kan makan & borak lama-lama! rindunya!!!!

rabia-adawiah musa said...

wah open house raya!!! peng masak apa?

fairuspeng said...

Eisha: tak payah la.. malu... terima kasih untuk hidangan yang hebat hari tu... kita sama.. jadi pembantu chef saja..hehehe

Biah:Mana ada buat open house pun.

Hilman Nordin said...

bersama ameerah. Like. ^_^

illa said...

wah u ollsssss tak ingat hecc pon...

fairuspeng said...

Iman: bukan main lagi

Illa:open house KKM tak ada seorang pun yg ajak aku! SENTAP

Wan Syahida said...

hehehehe. sama2. terima kasih jugak sbb dtg.

nak LIKE gak mcm hilman. :D

permata_HIJAU said...

aku juga :,
ameerah said tq 4 the duit rayer yang dia dapat sebelum raya....