Bersahur di hadapan TV memang menarik! Ataupun itu adalah satu kemestian. Biasanya sebaik sahaja membasuh muka, aku akan terus membuka TV sambil menyiapkan hidangan sahur- memanaskan lauk atau menghidangkan. Hanya TV3 dan TV9 menjadi pilihan. Antara Alif Firdaus dan Dia Bukan Maryam. Drama lakonan Irma Hasmi dan Lisdawati ini sebenarnya tidaklah begitu menarik perhantianku berbanding Ramadan Terakhir, tetapi aku turut juga setelah tiada rancangan lain yang sesuai.
Hujung minggu lalu waktu bersua dengan seorang kawan, dia bercerita tentang rancangan yang ditonton semasa sahur di TV AlHijrah. Sedikit teruja mendegar kupasannya. Lalu aku cuba menonton. Bermula Isnin, itupun agak lewat, setelah hampir selesai bersahur. Ia adalah semua rancangan dari negara arab bermula jam 5.30 pagi namanya Law Ka Na Bainana (Sekiranya kamu ada diantara kami)
Kali pertama menonton, salah satu babaknya adalah pengacara ke pasar raya dan meletakkan buah di lantai. Kamera akan merakamkan siapakah yang akan bertindak mengambil buah tersebut dan mengembalikan ke tempatnya. Kemudian mereka yang bertindak demikian akan ditemubual. Matlamatnya semata-mata untuk menunjukkan sejauh mana umat Islam mengamalkan ajaran yang dianjurkan oleh Rasullullah.
Seorang wanita yang mengembalikan pisang ke tempat asalnya menitiskan air mata apabila disoal apakah yang dia akan lakukan jika bersua dengan Rasulullah. Aku sendiri pasti, jika soalan yang sama ditanya, tiada air mata yang akan membasahi pipiku. Ah, betapa rapuhnya cintaku kepada Nabi Muhammad! Terukkan? Tidak dapat menggambarkan perasaan jika rasulullah masih bersama.
Pagi ni, rancangan tersebut menemubual pemandu kereta. Lima kriteria ditetapkan iaitu memiliki kaset al-quran, kaset lagu-lagu tentang rasulullah atau nasyid, berupaya membaca doa naik kenderaan, tidak merokok dan memakai tali pinggang keledar. Kalau aku menjadi pemandu, tentu sahaja markah tidak penuh! Sendiri aku boleh menilai prestasi.
Tentu saja rancangan ini bermanfaat. Elok ditonton ketika sahur. Menarik dan sinis. Menyentap ke dalam hati dengan perlahan. Dengan subur rahmat Ramadan, moga-moga aku peroleh lebih banyak imput melalui rancangan ini. Cukuplah dengan drama yang tidak akan pernah puas menggula-gulakan aku!

3 comments:
ada cd maher zain dikira tak? :p
i dah tgk cite ni!!
tapi serius sedihla bile pengacare tu tanye ape yg kite akan ckp bile dpt jumpe rasulullah saw..
tak dpt tgk..
tv kt umah tak dpt alhijrah..
Post a Comment