Friday, August 5, 2011

Cubaan (bukan pertama)

Banyak betul cubaan Ramadan ni. Soal makan tak payah nak cakap. Orang sebut saja mesti terliur. Ada kawan bagi tahu ingin ke Kelantan Delight. Terus rasa mahu ‘pengsan’. Semalam berbual seketika bersama Mi, katanya menu berbuka adalah darca. Wah, terus kecur air liur. Tebayang kuah ala-ala kari dengan nenas dan sayur. Teman di pejabat pula bagi tahu yang menu dia semalam adalah makaroni bakar. Kenapalah sana-sini semua cerita pasal makanan kesukaan aku. Boleh tak nak minta jangan ‘post’ pasal makanan. Bukan apa, aku tak pandai masak. Juga tiada orang yang nak tolong masak kalau mengidam. Beli? Boleh sahaja, tetapi sukar mencari yang benar-benar menambat hati.

Satu cubaan paling tinggi adalah godaan untuk tidur. Rasa mengantuk itu datang sahaja tanpa mengira masa. Kalau tidur awal masih lagi mengantuk! Balik rumah sahaja pengsan! Macam mana nak tingkatkan menikmati Ramadan ni?

Pagi tadi sempat juga mendengar tazkirah daripada ustaz Hasrizal di TV3. Sungguh berkesan. Cadangnya, pergi bazar Ramadan, beli 4 sahaja daripada 5 barang yang ingin di beli. Biarlah sampai menangis, baru rasa nikmat. Ustaz juga cerita tentang istiqamah, katanya usah terlebih. Pastikan menepati keperluan. Antara tips penyegar pagi-pagi Jumaat. Tengok fizikal ustaz pun cemburu. Aku juga mahu turun berat badan!

Teringin sangat untuk mengambil sebulan sempana Ramadan atau 15 hari terakhir. Boleh menikmati keindahan Ramadan. Boleh berpuasa di sisi keluarga. Indahnya zaman-zaman remaja dahulu. Kenapa aku persia saat-saat itu.

Cemburu sungguh dengan seorang teman yang sudah menghabiskan 15 episod ayat-ayat cinta. Aduh aku sungguh ketinggalan. Teringin juga untuk cuba sedaya upaya melawan nafsu hingga menangis tersedu.

p/s: tahniah untuk saudara Mel yang blognya mencecah umur setahun jagung. Juga terima kasih kerana menjadi cikgu bahasa Melayu

3 comments:

muzam said...

tajuk entri yang sangat menarik hehe

Eisha said...

ni kali pertama eisha berpuasa jauh dr family..mmg rase angin je bila org post gmbr makanan..tertekan acik kat sini huhuhu

kak mah siap buat album 'ketuk-ketuk ramadhan' aduhhhh menguji sungguh

fairuspeng said...

mel: sedakar percubaan... terima kasih..

Eisha: itu le.... tengok gambar ketuk-ketu ramadan tu... pengsan....
dulu masa mula-mula puasa di KL.. dah la masih belajar.. telan air liur sajalah tengok segala makanan yang enak-enak