Monday, August 15, 2011

Bukan Bulan Istimewa?

Kita percaya inilah bulan terbaik. Syaitan diikat dan pintu neraka ditutup. Semua yang baik-baik sahaja berlegar. Udara inilah yang memberikan kita kekuatan untuk menjadi insane yang lebih hebat. Memperkuat rohani.

Namun lain pula bagi masyarakat cina. Mereka sedangan berdepan dengan hantu dan roh yang jahat, datang menganggu manusia. Pintu neraka terbuka dan inilah peluang keemasn untuk semua kuasa jahat bermaharaja lela. Pada bulan inilah jamuan untuk roh-roh jahat diadakan. Jika perasan, sekitar bulan ini, ada tokong yang memasang colok gergasi dan juga aka nada suatu malam dimana jamuan secara besar-besaran diadakan. Inilah waktu yang dipanggil sebagai festival hantu lapar (hungry ghost festival).

Gambar hungry ghost festival- kredit to google

Perbezaan ini kelihatan sungguh unik. Ketika kita percaya segala yang jahat sedang lemah, mereka pula percaya ketika inilah yang jahat berkuasa. Perbezaan yang hebat ini adalah suatu hikmah untuk dipelajari dan diingati. Puasa sebenarnya adalah jalan terbaik untuk kita membentuk diri kerana inilah masanya pada waktu siang nafsu kita disekang, lalu iman menjadi pembimbing mentadbir rohani.

Namun ramai juga yang tewas, aku juga kadang-kadang tewas, apabila banyak menjamu hantu dalam diri yang meminta pelbagai hidangan. Aduh, jelas sekali banyak yang sekali-sekala mungkin percaya inilah waktunya hantu bermaharajalela. Menjamu dengan segala keenakan.

Separuh Ramadan telah berlalu. Lagu raya sudah mula berkumandang. Ramadan akan pergi. Mudah-mudahan kita semua berupaya menikmati hidangan pahala dengan baik.

3 comments:

rabia-adawiah musa said...

oh patutlah nampak menda dlm gmbar tu kat taman orang..nak halau hantu ek.oo

muzam said...

Oo..baru tahu..

fairuspeng said...

Biah: kalau nampak orang-orang cina sedang membakar colok ditepi jalan dan menghidangkan makanan itu juga adalah sebahagian dari perayaan.. opera cina juga dibuat untuk hantu-hatu supaya mereka leka dan tidak mengacau anak cucu..

Mel: sama-sama kongsi le