“Wah, seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai,” luah teman serumah yang keluar makan bersama kami. Menceritakan betapa terasa gembira menikmati kehidupan bersama orang-orang sekitar.
Aku memahami perasaannya. Dia juga tinggal seorang sebelum ini, setelah isteri dan anak-anak berpindah ke Melaka. Menjadi suami dan ayah hujung minggu. Aku sebelum ini juga tinggal sendirian. Tetapi semenjak rumah dihuni oleh teman-teman, terasa sungguh bahagia. Tidak memberontak untuk keluar setiap saat. Walaupun tiada aktiviti di rumah, sekadar tidur dan menonton TV, segalanya terasa lengkap. Ada juga kata dan bebel yang menusuk ke dalam gegendang.
Seorang diri memerlukan banyak kekuatan. Apabila melakukan bersama kekuatan itu terasa terkumpul menjadi sebuku genggaman yang hebat.
Walaupun takut untuk mendaki menara tinjau yang tinggi, namun dengan sahabat-sahabat di sisi. Getar di hati hilang. Hujung minggu lepas memang seronok bila menjadi pemandu pelancong untuk teman-teman. Memehati Putrajaya dari tempat yang tak pernah aku bayangkan.
Teringat juga perarakan kuning pertama dahulu. Jika seorang diri pasti aku memilih untuk tidak melangkah. Mujur ada teman yang berada di sisi. Terasa sungguh kuat untuk menikmati perhimpunan bebas itu. Uh, pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Esok, harus berbaju kuning!!!
Bila berbual dengan hati terasa sendiri. Bila meluahkan baru aku tahu betapa ramai memandang kuning itu adil, bukan haram. Kuning yang BERSIH lagi adil.

2 comments:
terkilan sedikit tahun ni tak dapat menyertai versi 2.0 huhu..
Abah Hana: tunggu bersih 3.0.. nanti kita pergi sama-sama
Post a Comment