Wednesday, July 20, 2011

Menang?!

“Ah, kalah lagi!” cetus aku selepas melihat pasukan hoki Malaysia kecundang beberapa bulan lalu.

“Inilah masalahnya, kemenangan saja menjadi ukuran,” seorang teman yang mendalami bidang sains sukan member sedikit komen.

Setiap kali perlawanan pasukan atau pemain Malaysia dengan pasukan lawan yang diingini oleh rakyat (baca aku) adalah kejayaan. Jika pasukan Malaysia menang, pujian dihujani. Jika pemain Malaysia kalah, peminat (aku) bermuram durja. Sama juga jika sesuatu pertandingan disertai, yang diimpikan adalah kemenangan. Kalau sewaktu di sekolah, hanya nombor yang ditanya oleh seluruh keluarga. Tiada yang bertanya markah sudah meningkatkah?

Selalu saja aku melihat masyarakat menilai kejayaan pada kemenangan. Jarang yang bertanya tentang prestasi. Sekuat mana kita berusaha, kalau johan tidak dibawa balik kita masih dikira gagal. Walau rajin mengulangkaji, jika tidak mendapat nombor teratas dalam kelas pasti abah mama kecewa. Manakah yang lebih baik, mendapat tempat kedua terakhir untuk kelas pertama atau mendapat tempat pertama untuk kelas kedua? Atau yang lebih penting markah meningkat dari 80 kepada 90 tidak kira di kelas mana kita berada?

Semenjak kecil kita diajar betapa menang adalah pengukur kejayaan hingga kita membawa kepada dewasa. Hanya menang atau kalah pilihan hingga kita menghukum begitu.

“Malaysia sudah menunjukkan prestasi yang baik berbanding sebelumnya, tetapi pasukan lain juga menunjukkan prestasi yang lebih hebat. Bukan kalah kerana kita bertambah buruk IOtu sudah lebih baik,” balas teman tersebut yang ketika itu sedang menjalani latihan di Institute Sukan negara.

Sudah tiba masanya, aku harus belajar menukar komen. Bukan lagi menang yang dinilai, tetapi prestasi yang dicari. Kemenangan adalah hadiah untuk prestasi. Jika aku terlalu mengejar menang, kelak aku akan selalu kecewa. Lagipun banyak perkara yang tidak boleh dinilai dengan menang. Pekerjaan seharian di pejabat, tentu saja tidak boleh dinilai dengan menang kerana yang menang tidak semestinya hebat dalam pengurusan. Kadang-kadang mereka lebih hebat dalam politik!!

Banyak lagi perkara yang tidak boleh dinilai dengan menang. Ramadan, bagaimana mahu dinilai dengan menang? Apakah definisi menang pada bulan Ramadan? Tentu saja kita perlu menilai pada prestasi. Bila ingin menilai prestasi kita perlu mengkaji prestasi yang lalu. Ramadan sedang berdiri hanya beberapa meter sahaja, sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?

Kebanyakan akhbar memuji prestasi permain bola sepak Malaysia sewaktu berlawan dengan Liverpool. Itu tandanya prestasi sedang dinilai. Tetapi aku masih tidak berpuasa hati dengan kerja keras Apex. Tidak sabar menunggu keputusan malam esok (bukan permainan).

2 comments:

fahmi mat zin said...

prestasi anda bagus walaupun kalah, Rajagopal oyak ko pmain2 dio

Eisha said...

hakikat manusia biasa inginkan end product tanpa mengira usaha yang ditaburkan

pemikiran yang perlu diubah walaupun sukar :)