Wednesday, July 13, 2011

Tiada Daging Juga!

Dulu saya pernah belajar, kemudian aku lupa. Biasalah, bila lama tidak diamalkan.

Semenjak beralih tempat banyak tanda dan kejadian yang berlaku.

Kejadian satu.

“Nasi apa awak makan?” dia bertanya.

“Nasi goring USA,” jawabku.

“Lauk apa tu?”

“Daging goring,” aku diam seketika.

Aku lupa yang nasi goreng USA lauknya adalah daging masak merah. Terus aku diam tanpa kata.

Kejadian dua.

“Apa tu?”

“Entahlah, Dr X yang bagi. Tak tahu ramuan , saya tak berani nak makan. Awak boleh makan,” jawabku segera.

“Tak naklah. Saya pun tak makan babi juga.”

Tanda

Peti ais dipantri jelas menunjukkan tanda ‘No Pork No Meat’

Aku masih ingat dulu, sewaktu mula-mula bekerja. Dalam kelompak teman yang keluar makan tengah hari ada seorang gadis India. Kebetulan pada awalnya kami merancang untuk menikmati sup tulang. Tetapi kemudian kami mengubah haluan setelah dia (gadis India) yang mulanya tidak mahu ikut, menyertai kami. Bisik kakak yang menjadi pemandu sebelum bertolak, “Dia ikut. Takkan kita nak makan sup daging. Lain kali la.”

Semalam, aku mengunjungi sebuah kedai masakan Kelantan berhampiran pejabat semasa makan tengah hari. Lauk gulai kawah dan daging goreang cukup memikat. Tetapi bila melihat wajah seorang teman yang menyertai, aku memilih lauk lain. Kalau aku tidak sanggup makan semeja dengan teman yang menikmati daging babi, tentu juga aku tidak patut bertindak menikmati daging. Menghormati adalah saat yang paling indah. Bertolak ansur juga menyentuh. Mudah-mudahan dia mengerti.

Tapi, aku harus ke kedai yang sama lagi tanpa dia agar boleh menikmati gulai kawah dan daging goring. Uh, air liur pasti ditelan setiap kali menyebut lauk yang tidak berupaya dinikmati semalam.

3 comments:

permata_HIJAU said...

tabik spring kat ko peng....

naQiu said...

daging goreng tuuuu...

fairuspeng said...

Shuq: Aku pun banyak belajr dari orang yeng lebih dewasa.. sekadar berkongsi

Naqiu: Daging goreng black paper.. sedap jah napok