Wednesday, May 4, 2011

Terima Kasih Jaja dan Din

Lama sudah aku berhenti membaca novel. Hanya mengumpul sebahagian kerana aku sedang bertatih untuk menulis. Takut nanti aku terikut lenggok penulis lain. Namun hati meminta untuk diulit. Aku memilih untuk bertemankan Jaja dan Din. Sungguh pilihan yang tepat.

Tiga hari bersama Jaja sungguh manis. Menikmati kenakalan Jaja sambil berjalan-jalan memang menarik. Sempat aku tinggalkan Jaja untuk ke PBAKL. Kesian Jaja ditinggalkan sendirian mencari cintanya. Namun ternyata tidak boleh dibiarkan lama, aku kembali menemani Jaja mencari Din.

Cinta termetrai jua dengan sebuah perkahwinan. Mulanya aku tertanya, kenapa pada awalnya Jaja sudah memberitahu yang dia berkahwin dengan Din. Semuanya menjadi misteri dan aku terbuai dengan kisah Jaja mencari Din. Jawapannya aku temui selepas Jaja mula menjadi lebih zuhud. Percintaan mereka lebih menarik selepas itu. Malah setiap kali Din bercerita dengan Jaja atau Jaja bercerita tentang Din aku bagai digenggam dengan nasihat daripada kisah mereka. Sungguh aku ditusuk dengan rasa yang sama seperti Jaja rasa. Nasihat daripada kisah hidup pasangan suami isteri itu sungguh menikam dan berbekas di hati.

Ingin aku katakan yang aku mahu jadi seperti Ustaz Din. Aku mungkin seperti Jaja, mungkin perlu diulit untuk menjadi lebih baik. Ternyata Kak Su (Noor Suraya) berjaya mendidik aku. Sungguh novel ini nyata berbeza berbanding Surat Ungu Untuk Nuha yang buat aku jatuh cinta pada tulisan Kak Su. Bahkan lebih hebat!! Malam tadi juga aku tidak dapat melelapkan mata sehingga ku temui penghujungnya. Sungguh lama tidak menangis ketika membaca ayat-ayat indah.


Terima kasih Kak Su untuk sebuah karya yang meninggalkan parut di hati dan mata yang merah.

5 comments:

Noor Suraya said...

Salam Fairuz,

Kaksulah yang harus berterima kasih, entri ini ajak kaksu supaya rajin-rajin menulis. Moga kita semua dalam reda Dia.

Penulis kecil dalam dunia penulis besar-besar,
- kaksu -

fahmi mat zin said...

anda Jaja & anda jugalah Din

novel ko gapo 2?

fairuspeng said...

Kak Su: Terima kasih kembali... menyesal sebenarnya tak dapatkan Langsir Biji Remia... huhu

Fahmi: ye novel.. mari rumah abe tunjuk... selagi tak hantar novel lama.. tak boleh pinjam novel baru

KuNanGKuNanG said...

lama dah x bc novel..masa muda2 dulu ada gak baca.paling akhir baca karipap2 cinta.2 pun novel yg xtebal la...kalau tebal cnfm stahun baru khatam.he3

Izzati Nur said...

2thumbs up tuk novel ni
mengesan ap yg ditulisnnya :)
ahh,suka2