Biasanya aku akan sediakan senarai buku terlebih dahulu sebelum ke PBAKL. Begitu juga tahun ini, aku sediakan senarai penuh, tetapi kemudian aku potong beberapa buku kerana masalah kekurangan buget. Banyak juga beberapa perkara tidak dapat ditunaikan sempena PBAKL termasuk menyambung langganan majalan. Adaq sedikit rasa terkilan tersimpan di kalbu.
Namun kali ini aku cukup bertuah. Telah mendapat hadiah hari lahir lebih awal. Terima kasih untuk teman tersayang yang menghadiahkan sesuatu yang amat bermakna. PBAKL kali ini juga lebih bererti apabila dapat berkongsi mengunjungi gerai bersama teman-teman dan adik. Membeli hingga mendapat potongan hebat di PTS.
Cumanya ada juga hajat tidak kesampaian, iaitu mendapatkan tandatangan penulis kegemaran. Hati juga sedikit tersentuh apabila memerhatikan buku Tuhan Manusia di rak. Terkenang buku tersebut yang hilang tanpa dikesan. Mujur buku Manikam Kalbu tidak kelihatan. Kalau tidak pasti rasa kesal menumbuk-numbuk dalam hati kerana kehilangan buku yang cukup indah itu. Sama, kedua-duanya hilang dari rak tanpa dikesan.
PBAKL telah berlalu. Kenangan yang tinggal akan dipahat indah. Biar detik-detik itu kekal selamanya. Kini tinggal waktu untuk bersahabat dengan buku. Menikmati karya-karya yang hebat. Mudah-mudahan dapat menghabiskan semua buku yang dibeli sebelum PBAKL tahun depan menjelma.
Mengunjungi PBAKL adalah satu keindahan. Mengunjungi dengan rasa kasih sayang adalah satu kenikmatan. PBAKL 2011 sungguh memahat banyak kenangan termasuk solat Jumaat di tanah Jawa.

5 comments:
tahun ni tak dapat pi PBAKL pun huhu..
kene balik pahang stiap mggu jenguk anak bini..
org tak g PBAKL..tp org kirim kawan yg buat rombongan ke situ..still novej JS jugak org borong..hehehe
berjaya melengkapkan koleksi andrea hirata, padang bulan dan cinta di dalam gelas. dan menambah beberapa koleksi FT dan satu Isa Kamari. paling manis, dapat jumpa Pak Isa, tapi sayangnya kamera lupa bawak..
btw peng, nasib baik pesta buku tu setahun sekali je kan.. huhu
*peng, saya penah hilang dua buku andrea hirata yang paling saya sayang, becoz of my fren, and never been replaced, so i know how do u feel..
**lucky me, ada a good fren replaced both.. hehe
encik muzam: hehe...selamat menjaga hana di tengah2 malam..
peng: kite g juga pbkl..dapat la 2 buah buku idaman..hehe
Mel: tak pe.. tahun depan bawa anak sekali
Biah: kali ni beli 3 je buku JS..
Azma: ganti memang boleh.. tapi nak dapat tandatangan penulis tu yg susah... sedih.. sob..sob...
lili:alhamdulillah.. dapat juga buah tangan
Post a Comment