Keluargaku sungguh kecil. Begaduh adalah keindahan. Diam apabila dimarahi Abah adalah memori yang kekal. Waktu masih anak-anak sungguh damai dengan sedikit kelam-kabut. Berkongsi rahsia tanpa pengetahuan abah umi kononnya tetapi akhirnya rahsia tersebar juga.
Keluargaku biasa, tiada yang luar biasa. Aku mahu ia kekal biasa agar kami terus akrab seperti kecil dahulu. Zaman kanak-kanak yang sungguh permai. Kami tidak pernah menyambut hari lahir. Jauh sekali keluar melancong. Kami hanya melawat nenek dan atuk atau berkhelah di pantai sebagai pakej pelancongan.
Dulu, pilu juga bila memikirkan abah dan umi akan tinggal berdua. Mujur akhirnya adikku memilih untuk bertani. Lalu setiap kali kami berkumpul bercucuk tanam adalah aktiviti wajib. Bergambar dan bermesra di bawah sinar matahari. Bulan depan, empat dari kami akan berada di KL. Mudah-mudahan kami dapat bertemu menikmati sekeping roti sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Isnin lepas, semua orang berkumpul di rumah tanpa aku. Sungguh sedih. Semua orang sedang berkampung selama dua minggu. Rindu pada keluarga bertambah kuat. Tambah-tambah bila sepanjang masa bergaduh mulut. Kalau kecil-kecil kami selalu bergaduh tenaga, apabila meningkat remaja kami mula bergaduh mulut. Sinis dan kutuk adalah permainan biasa. Ah, rindu untuk bergaduh terutamanya apabila di tikar makanan. Aku paling suka saat bersidang untuk makan malam, segala cerita keluar. Umi dan Abah sekadar mencelah kadang-kadang dengan bicara kami.
Malam tadi, aku lepaskan juga rindu. Menelefon bertanya khabar. Mendengar gelak tawa adik-adik sungguh rasa terubat. Paling penting minta aku minta mereka nyanyikan lagu untukku. Lagu hari jadi. Adik aku khabarkan yang mereka selesai menikmati kek hari ibu yang aku kirim tempoh hari. Umi, sentiasa menyimpan makanan untuk kami!
-hadiah hari ibu-
Sungguh aku mahu keluarga kecil aku kekal biasa kerana aku bahagian dengan masam manis yang sentiasa kami lalui. Kegembiraan keluarga dan kasih sayang mereka adalah hadiah paling berharga untuk hari lahirku yang ke-27. Mungkin hari lahir terakhir sebagai lelaki bujang.
Terima kasih untuk abah dan umi yang sabar dengan karenahku hingga kini. Terima kasih untuk adik-adik yang sungguh memahami.
Segalanya memang indah jika yang perit itu kita tinggalkan di luar pintu. Biarkan seisi rumah segar dengan udara kasih sayang.


6 comments:
Nice...I like! :)
Mudah-mudahan peng sekeluarga sentiasa mendapat ketenangan & kebahagiaan dunia akhirat...Aminn!
Ayat ni sgt kontroversi..."hari lahir terakhir sebagai lelaki bujang"
Haha.. :p :p
like2..indah hidup di klgn mereka yg syangkan kita tnpa syarat kan..
moga a.peng pn dpt kluarga sdri persis skrg :)waiting 4 ur wed,ohho
sanah helwah, u're great 'bro' to us!
moga bahagia dunia akhirat,
walau ke mane kita pergi, atau sejauh mana kita terbang, hati yg terikat ngan rumah dan keluarga is the best thing in life! kan :)
shye n husband wishes happy birthday, may u always get a happier n happier life n moga cepat hidup berduet :P. Amin. :D
Happy birthday peng! Excited bout ur coming wedding! Let me know the details..concept, theme color n all! Let me know k ;)
wah dah ade perancangan untuk berumahtangge ke?
baguss...
Terima kasih semua...
kalau ada isu kahwin semua nak komen ye... memang isu panas betul...
tingkatkan prestasi, kuranghkan kontroversi...
tak mau.. tak mau... tak baik...
Post a Comment