Friday, April 22, 2011

Peralihan dan Pertanyaan

Yang lalu biar berlalu, yang di hadapan harus diperbaik.

Bulan lepas, surau berhampiran rumahku menukar arah kiblat. Aku tidak mahu soal kenapa kerana aku pasti yang menukarnya pasti dengan tujuan mahu segalanya bertambah sempurna. Cumanya yang lebih istimewa adalah ada pemberitahuan di papan tanda menyatakan yang kiblat ditukar. Usaha sedang dijalankan untuk membaiki kedudukan pemaidani, jadi sejadah yang diletakkan sementara waktu diminta untuk tidak dialihkan.

Aku faham dan tiada apa yang mengganggu. Beberapa hari kemudian, keadaan di surau sudah berubah wajah dengan permaidani mengikut arah kiblat yang baru.

Kejadian sama berulang di sebuah tempat yang lebih terurus dan terjaga. Pada hari pertama segala biasa, apabila arah kiblat ditukar aku sekadar mengikut. Pada hari kedua kejadian pelik berlaku kerana sejadah diletakkan mengikut arah kiblat yang asal. Rasa gundah melanda membuatkan aku cuba bertanya pada yang kusangka berhak. Jawapan sedikit menyentap hari. Menurutnya sudah diletakkan di surau penjelasan. Mungkin juga soalan yang aku kirimkan seperti mendesak dan menyalahkan.

Sungguh komunikasi yang tidak tepat dan cara yang tidak betul mengundang banyak salah faham. Kadang-kadang cara orang yang lebih kurang ilmunya lebih senang difahami. Mungkin orang yang terlebih ilmu terlalu banyak benda untuk disampaikan.

Assalamualaikum,

Berkenaan dengan kiblat surau, saya ingin dapatkan kepastian tentang arah kibat surau yang sebenar.

Karpet surau telah diubah kepada arah yang baru. Kemudian sejadah diletakkkan pada arah kiblat yang lama.

Mana satu arah kiblat yang betul sebenar?

Mohon berikan penjelasan.

Terima kasih.

Adakah kurang sopan pertanyaanku ini?

1 comment:

Ezzat said...

xde, bunyi cam biase je...
pihak surau terasa ke dengan soalan tu?
abg peng tnye secara lisan atau surat?