Tuesday, April 19, 2011

Hujung minggu di Banting

Terasa nak kemaskini blog dengan lebih up-to-date. Teringin juga mengikuti gaya baru seperti Muzamil dan Yasmin

  • Dua minggu lepas, aku sempat ke sebuah pondok di Banting, menadah sedikit telinga, menghayati kehidupan di pondok. Tetapi sampai sahaja ada yang sudah pesan, jangan anggap pondok seperti pondok di negeriku yang permai.
  • Penghuninya adalah dari anak-anak kecil hingga ke orang dewasa. Ada kalangannya adalah penagih dadah. Tapi aku tidak pasti yang manakah penagih. Telatah kanak-kanak dan remaja yang lebih menarik perhatian.
  • Aku simpati pada anak-anak yang masih kecil. Mereka tidak bersekolah. Juga tiada mendapat kasih sayang yang secukupnya kerana ada sesetengahnya tidak pernah dijenguk ibubapa sejak lima tahun. Membesar dengan suasana seperti asrama ketika umur masih kanak-kanak girang, suatu yang perit. Aku sungguh tersentuh. Bagaimanakah mereka akan membesar?
  • Paling aku kagum adalah dengan usaha pengasasnya. Bertungkus-lumus dalam banyak hal. Berdepan dengan pandangan masyarakat lagi. Perjalanan ilmunya juga penuh nekad. Sungguh dia memang istimewa.
  • Suasana solat Maghrib dan solat Subuh mengingatkan aku pada sekolah lama. Rindu pada sebuah tempat yang banyak pengubah hidupku. Taman yang indah permai untuk sebuah pembangunan iman.
  • Ustaz sudah cuba sedaya menjaga dan mendidik anak-anak. Dia sudah langsaikan tugasnya sedaya mungkin. Aku? Masih duduk menikmati keindahan itu ini. Malang sungguh aku. Hanya berbicara sahaja.
  • Terasa mahu pulang ke kampung memeluk abah dan umi. Uh, sungguh rindu!
Bagaimana? Tulisan begini lebih senangkan. Tidak perlu perah lebih banyak idea untuk menulis .

1 comment:

yummien straggy said...

fairus,teroskan jadi pemikir begini..i doakan satu hari nanti u jadi vvip dan boleh buat sesuatu pada semua orang,terutamanya pada kanak kanak..amiin..

p/s : kemaen lagi hapdate care baru..haha!