Minggu lepas aku sempat berehat di sebuah kediaman mewah di KL kerana mencari ilmu meningkatkan potensi diri. Menikmati suasana indah permai dengan hidangan makanan yang enak adalah keseronokan yang tidak boleh ditolak. Suasana di lobi yang berkonsepkan teratai dengan penggunaan unsur air sebagai elemen penyeri cukup mendamaikan. Puding roti yang dihidangkan membuatkan aku kecur air liur setiap kali mengingati. Tidak termasul lagi dim sum. Uh, kediaman yang sungguh mewah - Hotel Maya.
Petang terakhir di sana, pembimbing kami melabuhkan tirai, menutup dinding kaca. Bila ada kalangan kami yang bertanya jawabnya, “Ada kubur di luar sana, saya nak duduk di tepi dinding jadi saya tutup.”
Aku sudah perasan kawasan perkuburan Islam itu semenjak hari pertama lagi. Melihat tidak membuat aku rasa takut untuk terus merenung. Tetapi terdetik juga di hati rasa gentar. Kematian adalah pasti, cumanya aku masih belum bersedia. Kematian nenekku tidak membawa tangis, melihat kubur tentu sekali rasa biasa. Kecil-kecil dulu ada juga perasaan takut apabila melintasi kubur. Takut penghuninya keluar menerkam!
Pembimbing yang bukan seagama denganku pasti punyai pandangan yang berbeza terhadap kematian. Aku kurang pasti kenapa dia menutup tirai. Mungkin takutkan hantu, mungkin juga takut kerana kematian adalah sesuatu yang tidak diingini. Ataupun takut akan kehilangan segala nikmat kemewahan yang sedang dinikmati.
Aku mengharap agar rasa takut yang ada dalam diri bila memandang kubur akan meningkat. Kelak membawa aku untuk lebih bersedia untuk mati dan menginsafi segala dosa. Moga aku dijauhkan daripada rasa takut terhadap hantu Kak LImah! Moga sempat aku berbakti untuk agama!
Kadang-kadang kalau tidur lewat malam seorang diri terfikir juga bagaimana jika aku mati sendirian dan hanya dijumpai selepas beberapa hari. Memahami apa yang aku rasa, Kak Mah pernah berpesan kepada Kay untuk menelefon setiap pagi. Bunyi seperti menggerunkan. Bulan depan pasti lebih lega, selain adik aku yng sibuk di studio, ada adik akrab akan menemaniku selama dua bulan.

5 comments:
hidup itu semantara..mati itu pasti...
Peng: KMah pun sama, kawan2 satu batch pun 2-3 orang yang dah mengadap Ilahi..
bunyi seperti orang kesunyian..cepat cepatlah seudahkan ape yang patot tu u..haha!
Kunang-Kunang: Setuju sangat..
Kak Mah: masa belajar lagi ada yang dah dipanggil olehNya.. huhuhu...
Oya: memang sunyi... dah buat pun apa yang patut... tu yang cari temanserumah sampai tak jumpa-jumpa.. hehe
waaa... lamo dok jupo...
'teraso' nge pnulisan encik fairus peng... huhuhu
Post a Comment