Jumaat lalu, selesai solat Jumaat ada jenazah untuk disembahyangkan. Aku gagahkan juga untuk menyertai. Doa dalam bahasa Melayu yang dipanjatkan iman usai solat cukup sayu. Aku dengar esakan dari belakang. Sebelum meninggalkan saf aku sempat mememerhati dua insan yang merah mata sambil menyapu air yang menitis. Aku pasti salah seorangnya bukan ahli keluarga kerana masih beruniform. Lalu tangisannya bukan sedih mengenangkan orang tersayang yang telah pergi, tentu saja insaf atau tersentuh dengan doa yang dibaca.
Aku tidak sepertinya. Masih keras batu hati dalam keadaan begini. Mendengar doa yang sedih aku masih ‘selamber’. Bahkan beberapa minggu lalu, saat menyembahyangkan jenazah bonda ayahanda aku masih kaku tanpa air mata. Terasa mahu saja aku mengalirkan air mata. Menginsafi kematian yang akan mengunjung tanpa dijangka, tetapi hati cukup keras.
Aku mahu melalui saat perit ini dengan menangis di sisiNya. Tetapi aku gagal. Aku masih ego dengan segala gelagat dan tingkah. Rindu saat menangis dahulu! Aku mahu menangis lagi!

4 comments:
salam takziah atas kehilangan bonda ayahnda..
nk menangis jgok, lamo x menangis..
takziah peng ...mungkin peng menangis dalam hati siapa yg tau
takziah...kita boleh berubah..
http://faisalapardi.com/
Post a Comment