Thursday, March 24, 2011

Patutkah aku mengeluh?

Tiga kejadiaan berlaku berturut-turut. Motorsikal yang dipinjamkan rosak setelah terjatuh. Memasuki bengkel hingga menghampiri RM100 bayarannya. Kemudian tiket berharga lebih kurang RM800 hangus begitu saja hingga terpaksa mendapatkan tiket sehala bernilai hampir RM400. Terakhir, telefon kesayangan masih belum boleh berfungsi selepas menyelam sekejap. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, sungguh ini adalah ujian hebat. Melalui semuanya patutkah aku kecewa? Dugaan datang tepat pada waktunya dengan bidikan yang sempurna.

Termenung sendiri boleh membuatkan aku sasau. Poket yang hampir kosong boleh mengundang seribu tekanan. Barangkali boleh juga membuatkan aku putus asa hingga memilih jalan yang pincang. Kecewa dengan ketentuan Ilahi barangkali adalah penghujung yang boleh terjadi. Memilih jalan untuk lari dengan perasaan kecewa kerana sejauh ini aku diuji. Mungkin boleh menyebabkan pincang iman hingga gugur rasa syukur padaNya. Aku berdoa agar segera dijauhkan perasaan itu!

Aku tahu, aku patut percaya pada ketentuanNya. Ini adalah sebahagian daripada rahmat! Barangkali mahu mengajar aku tentang nilai sebuah kehidupan. Adakah aku terlalu berajakan duit? Mungkin juga kerana tahun ini aku belum membayar zakat lagi?

Aku akur ini adalah laluan yang diatur agar aku menjadi lebih tabah. Mengenali diri dan mengenali pencipta. Ya Allah, terima kasih atas segala ujian ini. Temukanlah aku dengan hikmah di sebalik segalanya.

Teman, jika aku mengeluh di sisi, ingatkanlah aku betapa Dia sungguh pengasih dan penyayang. Tidak akan membiarkan hambanya terseksa. Peganglah aku agar aku boleh teguh berdiri dengan iman dan kemudian berlari dengan rasa syukur!

9 comments:

illa said...

sabar nok...
aku pon alami nasib yg sama..
keep praying ok

KuNanGKuNanG said...

sabar k...masalah yg datang menimpa2 tu kan untuk menguji tahap kesabaran kite...relx bro...

lilianaazuarroslee said...

sabar ye peng....

fairuspeng said...

Ila & Lili: uh.. aku ku cuba terdaya mampu

Kunangkunang: selamat datang.. bro tengah relax la ni

faraulah said...

Sabar....
pernah meras apa yang kau rasa..

kalau perlukan bantuan, let me know...skit2 tu boleh laa..

fahmi mat zin said...

dear bro...

jnge mengeluh deh wlpn cket...

sabor atas sabor, itu yg tbaek...

sabor mgtsi keluhan, itulah sifat org yg hebat...

fairuspeng said...

Kak Mah: sama-sama merasa.. uh sungguh perit..

Fahmi: saya tidak cukup hebat seperti kamu Bro...

aasique said...

sabar be...
setiap benda ada hikmah dio..
adala tu Allah nok bagi tu...

sabar be deh ;)

rabia-adawiah musa said...

S.A.B.A.R...