Sunday, February 27, 2011

Malu

"Abang hisap rokok ke tak?" tanya seorang lelaki di hadapan di lif

"Tak," jawabku pendek.

“Macam mana nak berhenti?”

“Pergi hospital.”

“Mahal,” jawabnya.

Seorang lelaki lagi datang menghampiri.

“Abang, minta rokok satu,” pinta lelaki tadi.

Aku tersenyum. Sekejap saja dia boleh berubah. Aku mengenali lelaki pertama tadi sudah lama semenjak dia mengalami krisis, tetapi tidak rapat. Dia mengalami masalah ketagih gam dan melalui cerita daripada jiran-jiran dia sudah banyak kali keluar masuk pusat pemulihan. Kejadian lain lebih mendebarkan. Ada beberapa orang di tempat kediaman yang minta duit daripadaku. Semuanya yang mempunyai ketagihan termasuk ketagihan arak,

Dimana malu mereka? Ke mana menghilang?

Malu adalah sebahagian daripada keindahan perangai yang patut dimiliki. Apabila hilang rasa malu yang terlampau hingga mengemis adalah sesuatu yang mengaibkan. Aku bukan seorang yang pemalu. Melompat di tengah-tengah orang ramai adalah sesuatu keindahan. Malah melakukan aktiviti yang pelik adalah kegemaran. Aku percaya setiap orang punyai rasa malu pada tahap yang berbeza dan rasa itu akan kekal selamanya dalam diri hingga ada faktor luar yang merosakkan. Ketagihan itulah yang menyebabkan mereka ini hilang rasa malu hingga mengaibkan.

Kadang-kadang rasa malu yang ada dalam diri menghimpit aku. Membuat aku takut untuk menjadi lebih baik. Jadi aku harus lebih yakin untuk menjadi lebih baik. Sebahagian rasa malu harus dikeluarkan supaya kita dapat terbang dengan baik.

Semoga rasa malu terus kekal dalam diriku pada tahap terbaik agar memalarkan iman dalam diri.

10 comments:

teddybearhijo~ said...

saya sukak entry ni sangat. nak like banyak-banyak kali jugak. aaa~ (^^)"

faraulah said...

Malu itu perisai orang beriman!

aasique said...

tunjuk doh gmbr hebat dio...hoho

fairuspeng said...

Nad: terima kasih...

Kak Mah: Uh... kena cari lebih banyak perisai ni...

Wea: Gambar lama semasa kurus..hihi

Eisha said...

peng makin lama makin ramai org tk tau malu skrg ni..da akhir zaman kot

Qistina said...

suka statement ni.....
"Aku percaya setiap orang punyai rasa malu pada tahap yang berbeza dan rasa itu akan kekal selamanya dalam diri hingga ada faktor luar yang merosakkan."

setuju!

fairuspeng said...

Eisha: itu le... macam2 benda buat depan mata.. haih..

Qistina: terima kasih.. ayat biasa-biasa saja tu

fahmi mat zin said...

siapakah yg kurang malunya itu duhai en.fairus..???

entri nie ada sebab nye kan3..

hahaha

illa said...

apsal tak bg no tel aku..leh aku tarbiyah sket pasal rokok tu..hua hua

fairuspeng said...

fahmi: tak dok masuk tersirat pun..

ila: okey.. lain kali aku bagi