Bekerja di bangunan tinggi mencakar langit dengan teknologi terhebat. Memecut kereta mewah laju di atas jalan raya terbaik. Membeli-belah di pusat jualan terbaik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk pusat hiburan dan rekreasi. Mendiami rumah yang dihiasi dengan pelbagai perabot canggih di tengah kota hebat. Siapa yang tidak mahu berpencak dalam situasi begini?
Kemajuan adalah sesuatu yang ingin dinikmati. Aku membesar di sebuah kampung tetapi kini menikmati keindahan di sebuah kota canggih. Kuala Lumpur menghidangkan segala yang tiada di desa. Nikmat yang tiada di sebuah desa adalah seperti permainan canggih, pilihan makanan yang lazat dari pelbagai daerah, pilihan aksesori dari seluruh negara dan peluang mengejar ilmu tanpa batasan dalam pelbagai ilmu. Aku bangga menjadi sebahagian daripada penghuni kota ini terutama tentang limpahan ilmunya!
Pulang ke kampung seringkali membawa aku singgah ke kota sedang membangun. Menjelajahnya menemukan aku dengan bibit budaya kota yang gigih merangkak. Gadis-gadis dengan fesyen menghampiri Lady Gaga dan teruna dengan telatah seperti Justin Timberlake. Sakit mata memandang!
Aku sentiasa bermimpi untuk membesarkan anak-anak di sebuah desa indah aman. Membiarkan mereka bermain di sawah pada dan sungai. Tangkas berenang dan berpencak menikmati keindahan alam. Mendalami ilmu dalam suasana yang segar. Namun segalanya mungkin mustahil jika pembangunan material dibiarkan rakus menjelajah.
Sering aku tertanya sendiri, kenapa yang dihambat hanya teknologi? Kenapa pembangunan ruh jarang sekali dipertikai? Aku masih belum menemuhi sepenuhnya hikmah kenapa Rasulullah dibawa jauh ke pedalaman menemani Halimatul Sadiah. Tetapi aku percaya kehebatan suasana desa adalah sekolah terbaik untuk anak-anakku. Kepada siapakah harus aku merayu supaya kampungku jika tidak boleh kembali seperti zaman kanak-kanakku sekurangnya kekal seperti kini untuk selamanya. Sungguh aku tidak sabar kembali bermastautin di sisi sawah bendang dengan nyanyian kokokan ayam setiap pagi.

6 comments:
sy jug bharap generasi sy brmula dr kmpung sprti sy... huhuhu
seperti saya jugok..=)
Fahmi dan Alia:
kan.. kan..
kepada siapa haru dirayu?
Peng: balik kampung kali ni Mok kmah merayu lagi suh balik kije di Kelate.
huhuhuhu....xtahu nak balas lagu mano, Hanya Allah sajalah yang tahu
teruskan berkarya wahai Adik!!! Luahkan apa yg ada di benakmu..semahumu..
kak mah: mujur mak peng tak minta gitu lagi... tapi kena balik juag lah mana pun.. sebelum umur 40
Kak Ogy: terima kasih..
Post a Comment