Semenjak kecil, setiap kali ada siaran langsung perlawanan di TV akulah orang pertama yang akan tidur. Apabila ada tayangan awal pagi, hanya saya dan adik perempuan sahaja yang tidak akan bangun walaupun untuk piala dunia
Tahun lalu, minat aku terhadap bola merangkak perlahan. Perbincangan tentang yang menjadi halwa telinga hampir setiap pagi adalah pemangkin utama. Berdiri di sekeliling insan yang punyai pengetahuan tentang bola kadang-kadang menghayutkan aku. Tidak mahu ketinggalan membuatkan aku menggali sedikit info.
Perlawanan akhir AFF Suzuki yang menjadi penutup sempurna kepada perkembangan bola sepak Negara turut ku tonton. Sebenarnya aku tidaklah terlalu teruja dengan piala yang dijulang. Namun perkongsian rasa bersama teman-teman seolah memberi suntikan baru. Adakah lepas ini aku akan mengikuti setiap inci perkembangan bola hingga jadi gila? Jawapannya aku belum pasti.
Namun bola yang bulat itu mengakibatkan aku melontarkan kesimpulan ini.
- Keterjuaan orang-orang hebat atau orang yang menjadi inspirasi tentang sesuatu boleh membuatkan aku berusaha menerokainya. Aku tidak mahu ketinggalan. Oh, diskusi buku
- Merea mencapai kegemilangan pada usia muda (kebanyakan pemain Harimau Malaya) kerana usaha dan tumpuan mereka pada minat dan keghairahan (passion). Lalu perlukah aku tumpukan pada keghairahan aku juga?
- Isu besar yang diremehkan oleh persekitaran akan menghasilkan sifar. Persoalan kecil yang dilontarkan bagai bom pasti menghasilkan letupan melebihi bunga api tahun baru. Adakah kemenangan Harimau Malaya dijadikan bom bunga api? Apakah yang sedang disembunyikan di dalam kelam malam?
- Sejarah manis untuk dikenang. Sejarah pahit bukan untuk ditangisi. Jangan terbuai lama dengan keindahan. Ujian sebenar masih panjang. Asia, Olimpik dan Dunia adalah tumpuan baru. 2011 harus dimulakan dengan larian bukan berjalan.
Cukup barangkali dengan beberapa kesimpulan kecil ini. Aku akan terus menonton bola tetapi tidak akan menjadikan bola sebagai satu keghairahan (passion) kerana aku takut anak aku nanti akan menjadi pemain bola. Kenapa? Kerana kaya dan popular hanya gula-gula getah.
p/s. Aku meletakkan keghairahan bersama passion kerana masih belum menemui perkataan sesuai untuk bahasa mat salleh. Kalian punyai cadangan? Bahasa melayu adalah kekasihku walaupun terpaksa menjadi mat salleh 5 hari seminggu.

4 comments:
tengah bayangkan peng berjinak-jinak dengan dunia bola dan bermain bola..oh no!!
kempek perut Peng kalo selalu main bola...hehehehe
Jange marah yer Peng...sama-samalah kiter berusaha untuk mengempiskan perut...azam tahun 2011
selamat menjadi seorang pencinta bola sepak..haha
Eisha: berjinak dengan bola saja.. bukan main pun.. nak main bola.. aduh
Faraulah: Cet!!!
Jom kempiskan perut dengan tidak bermain bola.. ada berani?
Sifu: selamat dunia dan akhirat.. Apa kata bagi ucapan selamat dengan jersi biru malaysia sekali...hehehe
Post a Comment