Friday, January 14, 2011

Bilik Itu Masih Sunyi

Sejak dua bulan lalu, aku tinggal seorang diri. Terasa begitu sepi. Alhamdulillah, adik ku mula tumpang dalam minggu ini. Namun sebagai pelajar yang sungguh gila belajar, dia banyak menghabiskan masa di makmal lukisannya atau studio. Tidur juga di sana. Lalu aku kembali sendiri.

Sungguh memilih teman serumah lebih hebat daripada memilih bakal isteri. Sudah dua insan aku biarkan mencari rumah lain. Kejamkan? Tetapi aku terpaksa. Tiada pilihan. Sungguh banyak momok yang menghantui fikiran. Lantas aku memilih untuk bersabar dengan kekal sendiri. Kecuali ada yang berupaya memenuhi permintaan hati.

Kalau memilih isteri penuh dengan syarat-syarat. Begitu juga untuk teman serumah. Ada syarat yang harus dilengkapkan. Kadang-kadang aku termenung juga kerana syarat-syarat terlalu ketat. Memastikan kehidupan aman adalah kunci utama. Aku mudah tertekan dengan perjalanan yang bersimpang-siur. Cukuplah sekadar kehidupan 8 -5 yang berliku. Tidak mahu 2/7 juga berliku. Aku perlukan rehat dan teman berbual yang sebati dengan jiwa. Uh, sampai bilakah akan berhasil?

Aku bukan terbaik. Salahkan kalau aku pilih yang terbaik menjadi pendamping? Mudah-mudahan aku boleh jadi seperti dia. Sungguh kejadian lama masih menghantui. Mencari teman berlari sedikit mudah, taip status di FB, mungkin 1000 orang boleh bersama aku. Namun bukan mudah mencari lelaki yang tahan dibebel. Hidup penuh peraturan yang remeh-temeh. Aku lebih simpati jika dia kelak akan stress sepanjang malam. Aku kuat membebel.

Ada sahaja yang mencadangkanku mencari teman serumah yang kekal. Ah, pada usia begini perkahwinan adalah topik utama. Bila nak kahwin adalah pertanyaan rutin. Kenapa perlu begitu?

Gambar sebahagian teman serumah sewaktu menghirup udara segar bersama-sama.

Keadaan begini membuatkan aku mahu saat-saat indah lalu kembali bertaut. Berusaha keras di dapur menyempurnakan menu mengikut jadual, bermesra dengan segala kata cerca senda gurau dan berarak bersama setiap kali kembali Sabtu. Uh, rindu semua!

3 comments:

Eisha said...

peng kalau dok pilih2 sgt ni..nnt tak ke rabak poket nk bayar sewa mahal?

fahmi mat zin said...

ingin sahaja ditemani nya..
apakan daya kondisi tak sesuai...
lalu apa yang dapat ku tolong...
hanya DOA supaya cepat bertemu housemate baru..

huhuhu

fairuspeng said...

eisha; memang dah jatuh miskin pun..huhauha...
biarlah.. rasanya ini yang terbaik sekatat ini...

Fahmi: kalau setiap hujung minggu ada teman di sisi sungguh bermakna.. tapi apakan daya.. tanggungjawab dia lebih besar kepada mereka.. uh..
siapalah kita