“Kita laksana pokok cengal yang telah dipotong ambil batangnya. Tinggal kita di sini tiada lagi dipandang.”
“Ada apa gerangan Tuan hamba berlaku begini?” Kita bertanya pada Nazim Gagah yang datang menyergah kata tanpa salam memaniskan mulut. Aduh, sedikit juga kita terpana dengan luah bicaranya. Sudah kita sedia maklum betapa Putra Eskandar Nazim Gagah katanya bias bukan sekadar madah biasa.
“Hamba bukan kepingin idam mengungkit segala cerita sebesar benih sawi, namun kalau begini diperlaku tuan hamba barangkali tiada jua berupaya pendam sendiri.”
“Tuan hamba, cerita biar jelas mulus kelak kalau berbalam-balam disangka pula damping ngangkung mak limah hantu tiada bercahaya. Usul masalah hendaklah jelas. Senang bawa bicara mengumpul sepakat kata walau sepatah dua.”
“Hamba tahu, kalau sudah takdirnya cengal, kelak bila besar lebih sepemeluk tinggi menggapai biru langit akan datang jua tukang kayu memotong. Diketam setelah dipotong dan kalau tidak dibikin sebagai dinding kelak boleh juga menjnadi tangga. Tinggal saja sisa di hutan tiada berguna. Akarnya tiada dipeduli hidup mati.”
Kita yang tiada banyak pelajar segala peri indah bahasa, terdiam. Maksud tiada sampai ke hati. Masih terapung-apung, Takut juga kelak nanti menjadi layang-layang terputus tali. Tidak tahu kemana pergi dan tiada dapat dikejar.
“Segala isi benak hamba kumpul demi mudahkan perjalanan sri warisan. Tiada pedati, keldai hamba minta daripada sekalian teman. Namun bila kuda sedia ditunggang, hamba yang hanya berkeldai dibiar seorang. Keldai sama keldai, kuda sama kuda. Tiadalah dapat keldai mengejar kuda. Barangkali itulah sebab keldai dipisahkan. Tunggul cengal kalau ada pengembara yang sudi singgah berehat, bersyukur amat.”
Kita pasti ada yang tidak kena lagi. Sudahlah dikata bengis bekeng menyinga, kini Nazim Gagah dibiar sendiri dengan bahasa. Aduh, kita sekadar boleh tumpang menadah telinga juga. Keldai kuda bukan kenaikan kita. Cengal juga bukan urusan kita.
Nazim Gagah masih duduk bersila. Menyiapkan lakaran sebatang pokok tiada berbuah berdaun kuning. Tanda sudah tua tiada lagi berguna.

1 comment:
kakanda a.peng.
bg kmi si pelihat acara, ssghny
Nazim Gagah sgt bhrga,usah bicara firasat mereka,kelak nti pglima bkal dcari jua,bkn mahu diguna,a.peng mmg bguna =)
ahh.xpndai bbicara,tp nak cuba juga..
Post a Comment