Kalau ucapan selamat hari lahir atau tahniah yang diucapkan, jelas sekali wujud perbezaan antara lelaki dan perempuan. Kejutan atau hadiah yang diberikan kepada seseorang lelaki juga akan menerima penghargaan yang berbeza berbanding penghargaan kepada seorang perempuan. Betulkan perempuan akan melahirkan rasa yang lebih hebat daripada yang diluahkan oleh seorang lelaki?
Seorang gadis comel melihat video lagu yang disampaikan untuknya dengan penuh indah sehingga habis segala kata diluahkan. Kata itu begitu begini ini. Jika lelaki bergaya menerima hadiah seperti itu daripada seorang teman, tentu kata yang dilahirkan adalah ‘terima kasih’ saja. Kata seorang teman, jika perempuan menerima hadiah tersebut akan dinilai dengan kata supaya benar-benar bunyinya sungguh bermakna. Betulkah semua perempuan begitu? Atau hanya sebahagian lelaki saja yang tidak meluahkan?
Aku banyak juga menerima kata daripada lelaki yang senang atau segera memohon maaf atas segala kesalahan. Memang banyak lelaki yang kurang kata maafnya dan juga kurang bicara terima kasih. Aku sendiri bagaimana? Maaf itu memang aku sukar terjemahkan dengan kata, kerana aku terpaksa kumpul segala kekuatan. Ego yang banyak mendiami hati adalah puncanya. Malah ketika menerima penghargaan aku masih lagi boleh mengomen dengan segala macam cacat yang dicari. Adakah ego seorang lelaki membawa kepada kurang kata luahan walaupun dia memang banyak mulut?
Belajar antara satu sama lain adalah tip yang aku perolehi. Lelaki memang susah untuk memahami perempuan, namun segalanya boleh dicapai dengan belajar. Berkawan dengan perempuan banyak mengajar aku betapa lelaki selalu salah tafsiran. Malah, aku juga belajar ada sesetengah perkara yang sungguh dianggap remeh oleh lelaki adalah besar pada perempuan. Tidak semua perempuan memiliki ciri umum yang sama, begitu juga lelaki. Berdiri di pejabat dengan hampir setiap pandangan adalah perempuan mendidik aku betapa hidup ini perlu sentiasa digenangi dengan tolerasi.
Mata dan wajah tidak pernah menipu. Sejauh mana kita mengawal kata atau meluahkan segala yang ada, riak wajah tidak pernah menipu. Walaupun tiada kata yang diluahkan, pandangan mata tidak pernah menipu. Oleh itu, aku lebih gemar bercakap dengan berdepan terutamanya dengan lelaki. Kata-kata melalui sms atau telefon sungguh banyak bercangggah dengan apa yang ada alam hati. Namun, perempuan segala yang dikata adalah lahir dari hati. Jadi jarak tidak pernah membatasi.
Wajah gembira bukan tipu dapat sms dari Umi... umi ke buah hati?
Kenapa aku berkata begini? Umur dan status seolah meminta aku untuk lebih mengenali sifat lelaki dari kaca mata perempuan. Malah persepsi lelakiku terhadap perempuan juga perlu dikemaskini supaya aku cukup bersedia.
Mesti ramai yang mentafsir bahawa ini adalah soal perkahwinan, kan? Uh, mohon jangan buat tafsiran tidak masuk akal, ini keadaan normal. Ya ke?

5 comments:
bukan semua lelaki tak tahu meluahkan, dan bukan semua perempuan pandai berekspresi..
tapi pengalaman saya, meluahkan itu membawa kepada komunikasi yang sangat baik, walau kadang kala melukakan, daripada hanya berdiam diri mengharapkan orang memahami kita secara ramalan..
Setuju dgn ~nazma.
Mengikut pengalaman sendiri, tak semua perempuan begitu.
Mula2 agak tak selesa tapi lama-lama ignore sudaa.
Memang sukar untuk menyembunyikan perasaan atau emosi yang mudah dibaca melalui ekspresi wajah atau mata.
Mungkin kena asah lagi cover skill ni...hehe
Lelaki yang murah dengan ucapan terima kasih dan maaf membuatkan insan lain rasa dihargai dan membuatkan orang lebih hormat kepadanya.
Masing-masing ada keunikan yang tersendiri yang membuatkan hidup ini berwarna-warni & menarik.
Azma: begitukah? susah juga mahu jumpa perempuan yang tiada jiwa luah... Setuju.. meluahkan jalan terbaik.. tetapi bukan senang untuk semuka...
Qistina: wajah... uh.. tak boleh berlakon..
for me, it's true that sisters are better dalam bab meluahkan & berekspresi...
brothers nie lebih kepada wait & see first...
bagi saya, meluahkan @ berkongsi masalah or whatever bukan semudah bicara ditutur, tak selancar kalam dicoret. bak kata kawan saya "benda2 rahsia jangan ditukar kepada cerita"...
cara yang paling simple nak menghargai orang laen ialah dengan ucapan "terima kasih @ timo kaceh @ sbgnya", "thank you @ 10 q @ sbgnya"...
a.peyuh: ekspresi muko saya buleh berlakon, tapi soal rasa lidah tak boleh bohong... hahaha
ye la tu... muka tak boleh berlakon...
Post a Comment