Wednesday, May 12, 2010

Kecil dan Besar

Melihat kekalahan kuasa besar skuad badminton negara kepada skuad Jepun membuatkan aku berfikir betapa yang kecil selalu mengalahkan yang besar. Golongan yang besar namanya selalu memandang rendah kepada golongan yang kecil hingga mereka mengabaikan risiko yang bakal didepani termasuk hilang pengaruh atau dimalukan oleh yang kecil. Sungguh sakit melihat kekalahan Malaysia malam tadi.

Keadaan yang sama berlaku pada politik di England apabila dua parti besar iaitu Parti Buruh dan Parti Konservatif mengharapkan keputusan parti Liberal Demokrat yang hanya memenangi sejumlah kecil kerusi. Kedua-dua parti besar tersebut memerlukan sokongan parti kecil dalam usaha mendapatkan takhta pemerintahan England apabila kedua-duanya menang dengan majoriti kecil.

Kanak-kanak yang kecil juga selalu mengalahkan orang dewasa yang besar. Kuasa menangis yang ada pada seorang anak kecil berjaya membuatkan ibu bapa akur dengan permintaan mereka. Begitu juga dengan kepetahan berbicara yang selalu saja mengakibatkan orang dewasa tidak berjaya menghindari segala soalan.

Sama juga dengan cerita Adamaya, aku kalah dengan Amani yang kecil sehingga teruja untuk menontonnya setiap petang. Lakonan artis yang besar-besar itu bagi aku jauh lebih kerdil berbanding Amani yang kecil. Oh, hanya berbaki dua hari lagi untuk bersama si kecil Amani.

Aku yang kecil molek masa zaman dahulu sekolah juga sering menang bila bergaduh dengan rakan-rakan sekelas. Betul kata orang, budak kecil pendek seperti aku berani. Sekarang apabila semakin membesar, menjadi gemuk sehingga kalah dengan mudah kepada godaan makanan-makanan kecil seperti kek dan coklat. Sungguh aku mahu menjadi lebih kecil supaya lebih hebat!!!

aku, waktu kecil molek

Kenapakah yang kecil itu selalu dikalahkan? Atau yang besar itu sentiasa kalah cumanya yang besar itu sentiasa menjadi perhatian. Kekalahan kuasa besar bola MU sungguh mengujakanku….huhu!!




3 comments:

aasique said...

nok jd kecik jgok ehh..h0h0

aasique said...

temuduga cikgu be..
lepas ujian medsi hari tu..
cikgu d UPSI..

fairuspeng said...

mari.. sama-sama kita jadi kecil.....
tapi supo koho besar jah ni.. adus...