Friday, January 22, 2010

Piring Terbang di Penang


Minggu lepas aku ke Penang atas urusan kerja. Seolah-olah menyelamatkan daripada kusut-masai di pejabat. Dua hari di Penang memang tidak cukup untuk mengatur gerak. Bila mengeluarkan kertas mahu menyediakan senarai tempat yang ingin di lawati, terasa masa begitu terbatas. Lalu kami aturkan semampu mungkin untuk menjengah segala menu yang ingin. Antara yang ditulis- Line Clear, Sup Hameed, Char kue tiaw.

Muzammil berjaya melunaskan hasratnya mahu menikmati Me Udang Sungai Dua. Beria benar Muzammil mahu menikmati, jadi aku ikutkan saja. Ah, sudahnya agak mengecewakan. Sama juga halnya dengan Padang Kota Lama. Diserbu dengan penjual seperti mahu memaksa kami menikmati segala makanan yang ada membuatkan aku hilang selera makan. Teman-teman dari USM yang ikut sekali juga begitu. Barangkali itu lawatan terakhir. Char kue tiawnya memang tiada rasa. Hampa. Kata aku pada diri, jangan terlalu percaya pada indah khabar yang boleh saja menipu seleraku.

Jangan tertipu dengan wajahnya.

Mujur menikmati sate yang sudah dinyah toksid membawa sinar. Kambing lada hitam memang memikat ketika buntu menentukan mana satu rusa, kuda dan burung unta. Bau dan rasa kambing itu bagai satu terapi untuk minda. Kesedapan sate barangkali membuat aku alpa hingga berjaya menerbang piring pada pagi Jumaat yang hening. Kagum aku pada pekerja hotel yang tidak sedikit marah atau menjeling. Bahkan tunduk mengutip piring. Aku yang tidak ketahuan berlagak biasa seperti tidak berdosa. Tapi mengenangkan budi mereka akhirnya aku yang berlagak biasa bertanya juga. Segala salah silap aku dimaafkan. Maksudnya, lain kali aku boleh terbangkan gelas atau pinggan pula! Tapi paling hebat piring itu mengajar aku menjadi lebih berjiwa kecil. Jangan berlagak besar. Jangan sombong menunjuk-nunjuk. Tiada hebatnya menjadi insan tinggi egonya. Baru menjadi tetamu hotel sudah begini rasaku! Terukkan?

Mana satu sate kuda ni?

Penang sudah melambai-lambai, mengamit kami untuk datang lagi. Insyaallah aku akan kembali ke Penang . Aku mahu ke sana lagi menikmati indah persahabatan, menyelami jiwa dan mencari Opick yang tertinggal. Oh, aku hilang cakera itu! Paling penting aku membawa pulang satu rasa yang cukup menguji aku minggu ini. Cuma aku perlu lebih kekuatan.

Penang, tunggu aku datang. Aku mahu menawan kamu!!!! Aku mahu mengorek segala rahsia rasa yang ada. Aku tidak akan biarkan hatiku tertipu dan dihasut lagi. Aku mahu lebih kuat! Menjadi hamba bersyukur, sahabat setia juga menjadi anak yang bersyukur.

5 comments:

Anonymous said...

line clear tepi jalan a.k.a longkang hahaha.
mee udang sg. dua biasa2 jah
pasembor padang kota ntah hape2..haha

tp jeruk not bad.

lain kali lajok ko jitra.

aasique said...

raso siye plok nk make kmbnig...slalu ngan kmbing etep..haha..

datukku,
bila nk mkn sate kmbng skli...hehe

fairuspeng said...

Azrul: habis tu, mana tempat yang hebatnya?
tumpang orang, tak boleh sampai Jitra.. tunggu bawa sendiri...


qwe: Oh.. macam tu ke? Abe kalau duduk dengan kambing lagi la rasa nak makan kambing..
Mana ada sate kambing?

Eisha said...

hebat sehingga piring pon melayang haha i penah jatuhkan gelas di hotel hingga pecah berderai..sume org pandang..hahaha kenangan memalukan

fairuspeng said...

Eisha: bukan kita sengaja pun.. tapi sekurang-kurangnya.. kita ingat sampai bila-bila kan... ada nilai dalam hidup..