Saturday, January 2, 2010

Mengukur II

Aku mahu bercerita kembali tentang mengukur. Dalam membuat pengukuran, aku kira perlu ada satu ukuran yang boleh dikatakan. Contohnya untuk mengukur kejayaan anak, (dari aspek kita sebagai anak dan keupayaan anak kita) apa yang patut menjadi kayu pengukurnya. Nilai kereta yang dinaiki, nilai rumah yang didiami, nilai telefon yang dipegang atau nilai wang yang diberi? Rasanya itu bukan ukuran sebenar. Untuk menilai kejayaan seorang anak dan sebagai anak, kita perlu melihat dua lagi faktor ukuran.

Semenjak kecil kita diasuh dan dididik, segalanya berlandaskan ilmu. Belajar seawal lima tahun hingga lanjut usia 20-an masih terus belajar. Justeru, tentu saja ilmu adalah faktor kedua adalah ilmu. Bagaimana mahu mengukur ilmu seseorang? UPSR harus beroleh 5A baru dikira berjaya? SPM wajib mendapat semua A atau 11A? Ijazah perlu mendapat kelas pertama? Atau setelah memperolehi kedoktoran baru dikira cukup berjaya? Tetapi yang pasti limu tidak pernah habis untuk dituntut. Jadi bagaimana ilmu boleh dijadikan pengukur.

Jawapannya mudah padaku. Kira saja berapa banyak ilmu yang dihulur kepada orang lain. Berapa kilo ilmu telah diberikan kepada kawan-kawan, keluarga atau masyarakat, begitu? Tiada satu ukuran khusus untuk mengira segala ilmu yang disedekahkan itu. Padaku, kita perlu terus menyumbang ilmu kepada orang lain. Itu yang utama. Tidak perlu disebar luas berapa banyak ilmu yang disedekahkan. Sudah memadai jika kita tahu betapa kita tidak pernah lokek dengan ilmu yang ada. Manfaat segala ilmu dengan baik.

Oleh itu, tentu saja sebanyak mana yang kita dapat bukan persoalan tapi yang lebih penting sebanyak mana yang kita beri. Namun perlu kita tetapkan dalam hati ilmu itu harus dituntut. Belajar di menara hingga kedoktoran itu bukan demi wang gaji yang bakal diperolehi. Paling penting sejauh mana ilmu itu memberi manfaat kepada agama dan negara. Kalau tidak lanjut pelajaran hingga ke universiti, bagaimana pula? Ada yang punyai pandangan, lontarkan. Aku jadi buntu di situ.

Kembali kepada persoalan awal. Kejayaan kita sebagai seorang anak adalah bagaimana kita menggunakan ilmu yang ada supaya keluarga menjadi lebih baik perbuatannya. Menjadikan keluarga lebih beriman atau dengan kata lain mengubah kebatilan dalam keluarga. Sebagai seorang ayah, kita dikira berjaya bila cucu nanti kuat imannya, tinggi akhlaknya dan teguh ilmunya. Lalu anak kita perlu cukup ilmu di dada untuk membina dan mendidik keluarga bahagia. Maka secara kasar kita boleh menilainya sendiri. Tahap kepuasan seseorang bergantung pada dirinya sendiri. Tiada nilai wang yang dikira di sini, begitukan? Tidak setuju? Jadi bagaimana yang lebih baik?


Ini belum cukup padaku.. mahu cari lagi..


2 comments:

permata_HIJAU said...

teruskan niatmu.......

fairuspeng said...

semoga segalanya menjadi kenyataan...