Alat kita guna bersembang gosip dengan Bonda, malah kadang-kadang diguna juga untuk tangkap muat segala macam gaya gedik pelik senonoh suka lara dan jarang benar sudah diguna untuk menggetarkan gegendang, dirampas Nazim Gagah. Kita musykil benar dengan tingkah Putra Emerald Nilam Garuda yang memang makin menggeruda sejak berdaging korban pekan lalu. Kita angkat kening meniru anak pak zain tetapi tidak berjaya cemerlang. Mujur Nazim Nilam faham dengan tingkah kita. Syed Hafiz Unggul Q tidak pula menunjukkan sebarang reaksi, khusyuk membelek jam tangan. Entah jam baru hasil Besday Bob atau ada urusan di jalan putar jantung atau setepuk gasing tidak kita ketahui.
“Ha, ni siapa geragan perempuan manis cek mek molek?” Nazim Nilam menunjukkan sekeping bayang gambar tubuh sedang makan dari alat sembang gosip kita.
“Yang putih melepak putu halba ini geragan putri mana pula?” belum kita susun bicara jawab Nazim sudah lihat segala bayang gambar dalam alat tangkap muat kita itu.
Inikah putri putih melepak putu halba yang dimaksudkan Nazim?
“Isyyh!Isyhh! Banyak sungguh tangkap muat gambar gerangan putri ibu dayang nenek kebaya tidak kita tahu. Ini faedah guna kemudahan alat untuk bersembang ini? Sia-sia semua.”
Kita telan cepat laju biji bali yang baru disuap. Syed Unggul juga terhenti melihat belek jam cantik sungguh berlian di tangan. Memandang kita yang cuba merampas alat sembang gosip dari Nazim Emerald.
“Sabar. Kalau benar tiada salah, tentu tidak takut begini. Ha, ini ada lagi sayang my dear adik abang segala bahasa guna dalam nota kecil! Siapa semua putri gerangan ni? Yang ini sayang adik abang, yang itu my dear honey. Macam segala bagai bahasa dipakai. Konon mahu mengejut ajak solat tahajjud menghadap Tuhan lah, Tapi sebenarnya sekadar balas nota kecil demi kasih sayang cinta my honey kemudian tidur kembali hingga azan subuh tiada didengar.” Panjang bebel Nazim Garuda yang tidak henti memicit tekan segala punat kunci yang ada.
Kita menghulur tangan menjangkau mahu mengambil rampas kembali alat sembang tangkap muat. Nazim Garuda Gagah yang nampak seperti enam bulan membawa budak mengalih badan ke arah Syed Unggul yang segera menyorok masuk alat sembangnya ke dalam poket.
“Sudah pesan tiada mahu dengar tutup telinga supaya tiada masuk angin nasihat. Kawan itu ada adab perlu jaga supaya atur langkah tidak silap. Memang kamu baik peri tetapi syaitan hantu itu kerjanya menggoda ajak terjun sama dalam jalan denai segala lubang neraka. Banyak kali kita kata betapa iblis itu kerja godanya lebih hebat hikmah pada anak Adam yang kuat kental iman. Tidak dapat jalan zina menjadi laksana Mariam dihasut goda dakap laksana zulaikha. Tambah-tambah dalam dunia hebat alaf canggih, segala jenis teknologi itu ini boleh saja dekatkan kamu dengan zina. Kalau tiada dapat menahan gelora ombak serakah, kahwin saja. Tiada payah berutus nota kecil dengan segala bagai alat.”
Barangkali sudah habis diteroka alat sembang kita. Malu merah kita menahan malu sambil pandang jeling pada meja kerusi sekitar. Waktu malam cerah hujung minggu begini memang ramai lepak sembang di kedai-kedai hingga hujung pagi. Syed Unggul juga sudah diam. Mata pandang tepat tenung pada wajah Nazim Emerald yang nasihat dalam marah terkawal.
“Mana satu lagi alat sembang gosip kamu?”
Kita diam tidak berkerit gerak. Nazim Gagah tentu sudah dapat mengagak teka akan perihal kita punya satu lagi alat sembang yang kita selalu guna pakai dengan putri tiada dia tahu gerangan siapa.
“Kata berilmu warak iman tapi tiada juga dijaga hubungan kasih kasihan. Samalah macam orang lain!” dihempas sedikit kasar alat tangkap sembang kita atas meja.
Dayang berlitup tiada menutup yang membawa datang nasi air terkejut juga. Langsung meletak makan tanpa senyum manis ketika biasa.
“Aku bukan kisah apa sangat. Jauh mahu cemburu bagai lantaran tiada usul kekasih. Aku cuma mahu menasihat. Dulu kita dengar dalam surat berita khabar utama kisah orang rogol asmara makan kekasih hingga lahir anak tiada taraf, kemudian dengar cerita orang sayup-sayup mata memandang. Takut nanti sampai khabar orang dekat sebelah tergoda tiada menahan hingga mengandungkan kekasih tunang.”
Kek segala macam di depan tiada siapa berani sentuh. Makarani bakar elok dengan sosej masih dalam bekas putih biru.
“Dah!Dah! Mari makan dulu,” usul Syed Husairi, teringin benar mahu makan kek yang sudah lama terhidang.
Nazim Gagah tenung saja kek coklat, seperti tidak mahu makan saja. Kita yang tidak tahan goda dengan segala coklat yang ada menyuakan pinggan kosong bersudu.

No comments:
Post a Comment