Bagaimana mengukur kejayaan? Ah, kenapa aku asyik menulis sesuatu yang sama. Bercakap sesuatu yang tidak pernah habis. Entah kenapa setelah lama berjalan, akhirnya baru aku temui semua ini. Ada tiga kriteria penting yang aku rasa tepat untuk mengukur kejayaan seseorang. Pertama adalah anak. Kenapa anak? Setiap orang berasal dari sebuah keluarga dan akan berkeluarga.
Oleh itu dengan kata lain untuk berjaya seseorang itu perlu menjadi anak yang boleh menyumbang kepada kebahagian keluarga. Apa yang aku sudah sumbangkan kepada kedua-dua ibu bapaku? Wah, terasa masih jauh lagi mahu mendapat piala kejayaan itu. Pulang ke kampung tempoh hari membuatkan aku tersungkur sendiri. Umur sudah mencecah 25 tahun tetapi tiada lagi hasil untuk keluarga. Balik sahaja mengatur pelbagai rasa meminta Umi memasak. Malah segala kelengkapan rumah pula aku masih biarkan Abah mengurus sehingga Abah juga yang menjemput dan menghantar aku setiap kali pulang. Oh, sampai bilakah begini? Jadi kalau aku mahu berjaya aku perlu gembirakan Umi dan Abah sedaya mungkin. Apakah hanya dengan wang ringgit saja? Aku harap aku berupaya menjadi anak yang menyumbang kepada kebahagian mereka di akhirat kelak. Aku perlu terus berusaha!
Dalam persepsi lain, aku juga perlu memastikan anak-anak aku kelak menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Wah, sudah bercakap soal anak! Tetapi masih belum mengatur jejak untuk langkah pertama. Macam mana ni? Padaku seorang ayah yang berjaya sebagai insan di dunia masih tidak boleh dianugerahkan dengan kejayaan sekiranya anaknya merempat di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, perkahwinan adalah langkah penting untuk menilai kejayaan terutamanya mendidik anak. Tiada kejayaan yang dicapai jika keluarga tidak bahagia dan anak hidup penuh kecelaruan. Betullah kata orang, masyarakat kampung lebih berjaya kerana kebanyakan anak-anak mereka berjaya dunia dan akhirat.
Anak adalah amanah dari Allah. Anak juga simbol kekuatan iman sesebuah keluarga. Anak adalah hasil daripada pelbagai ikhtiar sebagai seorang ayah ataupun ibu. Anak adalah hasil doa dan ibadah kepada Allah. Anak adalah kain putih yang seorang ayah corakkan. Maka, tentu sekali bila anak ini adalah ukuran dalam kejayaan, wang dan material bukan lagi kayu pengukur. Kenapa dunia masih mengukur kejayaan daripada segi material.
Dua lagi criteria, adakan disambung nanti.

2 comments:
Salam
Anak adalah pinjaman dan ujian
aku rindu kamu
Post a Comment