Thursday, January 7, 2010

Cerita Putra Eskandar Nazim Gagah: Azam Tahun Baru Hijrah Masihi

“Apa azam kamu?” Kita belum sempat duduk sudah Nazim Gagah menghunus soalan tanya penuh emosi.

“Kenapa ni? Tanya soalan begini,” bila sudah bertenang duduk menatap wajahnya baru kita memberi respon.

“Aku bukan apa pun, ini teringat cerita kami bersembang tidak kencang bergelak lebih kuat segala semalam kerana soalan pendek itu.” Nazim berhenti sekejap mengambil nafas dalam-dalam bila kita kerut seribu dahi tanda faham tiada lagi dalam hati suci tulus kita.

“Begini, aku jumpa sahabat kawan di kedai makan kampung tersohor lauk Thai segala hidupan lauk. Lantaran tiada idea kerana semua asyik makan mengadap tom ayam udang daging yam pedas, maka aku bertanya tiada segan soalan itu pada semua gantang kuat teguh jejaka muda pemudi berseri.

Kamil Antah Yazdan mulanya menjawab beria bagai punya azam besar lagi gah tetapi yang muncul luah adalah azamnya tiada mahu menambah gosip bagai memey akhil, biar hidup tenang tiada diterjah skodeng nara izyan melodi. Katanya biar segala hidup aman damai agar senangmencapai gapai segala impian yang tiada pernah berhasil sepenuhnya. Penting tiada boleh ditolak adalah untuk mendapat kerja bukan lagi tepi tengah samudera.

Qusairi Debok pula senang alang kepalang azam sempana tahun baru hijrah ataupun masihi tiada beza sedikit. Maka terluah juga hasrat harapan nan satu tidak berbelah potong bahagi darab iaitu dapat duduk berdiri memegang kapur pen menulis mengajar anak bangsa jauh nun di Malaya Borneo. Lagi suka dia kalau beroleh pondok di tepi laut dengan sayup hujung mata menatap indah damai pulau-pulau dihujung ufuk tiap senja tiba. Bukan apa bicara habaqnya adalah demi mengumpul simpan wang segala rezeki agar cepat tiada tangguh berupa mendirikan masjid mahligai.

Tuan Syed Hafiz yang mulia juga begitu azamnya, tiada lain mahu juga mendiri bina kukuh mahligai rumah masjid tangga. Wang kata beritahu sudah ada sedikit tiada menggunung, cukup barangkali untuk majlis sederhana indah permai dengan ros mawar hidup merah putih kiri kanan tengah depan walaupun tiada meriah laksana Chef Royal duda Sabrina Chulan anak dua Duta. Bila ditanya adalah lain azam ditanam utuh dalam hati jawabnya senang tapan ulas - tiada.

Ada juga dua tiga gadis jejaka tampan cantik lawa tokseh bara senyap tiada menjawab bila ditanya segala azam. Barangkali tiada mereka menanam impian azam. Aku bukan mahu sibuk gosip terjah pada azam teman taulan, cumanya ingat kata pesan kekanda Al-Fadhil Berani Amin Besi Al-Magnetik. Nasihatnya pada kita yang tiada banyak ilmu rendah budi ini adalah untuk setiasa tanam semai segala impian angan kerana dari azam lahirnya harapan yang cepat lambat menjadi usaha yang akhirnya boleh membunga buah jadi hasil yang tiada perlu dibanding-banding.

Kenapa semua orang azamnya banyak pasal mahligai kahwin akad rumah nikah? Macam itu saja pilihan yang ada tika usia hampir lebih suku abad ini. Malah tiada pula azam nekad mahu membela agama pulih bangsa tingkat syiar amal iman. Mungkinkah kerana dunia buana ini sudah banyak ditabur rampai oleh pitis dan dikuasa rampas pindah oleh panglima yang gila kuasa? Atau kerana nipis bawang iman dalam diri akibat salah silap makan bagai mulut mata dengar hidu?” Kita diam saja mendengar bebal omel si Nazim Gagah yang bebatu jela panjang.

“Kamu bila mahu kahwin akad?” Tanya Nazim Gagah penuh semangat beria ingin tahu.

“Kamu?” dia pula tunduk tersipu senyum bagai kerang sudah direbus tiada dimakan.

“Azam kamu apa?” tanya dia lagi tiada mahu beralah.

“Azam kau dahulu, baru kita bagi tahu.”

“Malu.”

“Ada juga kamu malu, ini azam. Tiada perlu disegan simpan sendiri. Kongsi itu lebih baik.”

“Azam kita adam empat semua. Tapi biarlah kita cerita khabar dua saja. Pertama, tiadak mahu lagi kita menjadi garuda yang besar buncit itu, mahu kita turun menjadi tidak obes BMInya, ukur lilit pinggangnya menjadi 29 inci hendaknya. Kedua, kita mahu lebih banyak bersembang bicara sastera cerita baik nasihat iman takwa agar upaya merubah rasa Islam marhaen, supaya sesuai dengan nama diberi ayah bonda kita-Nazim.” Dia tersipu-sipu.

“Kamu?” tanya dia selepas menelan air tembikai manis merah laici putih dengan ketul ais.

“Sama dengan kamu?”

Nazim Gagah gelak tiada berhenti sampai segala laici tembikai tersembur keluar. Tiada kita tahu sebab puncanya. Segera kita bangun meninggalkan dia sendiri. Biar melantak hingga mati muntah segala yang dipesan bagai. Kita sedih tiada dapat menanggung lagi. Duduk saja menyesal sedih merah sampai ke pagi dengan Ressa yang tiada berhenti bertasbih cinta. Kunci kita pintu tiada mahu dibuka.

Setengah hampir dua alat sembang tangkap kita bersemuka dengan Nazim. Katanya, “ Kita memohon maaf hingga habis laut mutiara gunung emas. Bukan niat kita mahu ketawa gelak kerana azam kamu yang sama seperti kita. Kita terkenang bagaimana kamu yang elok tegap mahu juga kurus tidak geruda seperti kita. Kamukan sudah tegap mulia. Kita mohon maaf sampai hujung darah hati. Nanti kita sama-sama makan di lazat bangsar kampung ya.”

Kita tidak menjawab juga. Merah juga mata putih kita sambil menyesal separuh jiwa merenung ulang baca kata Nazim Gagah. Betul juga kata sahabat baik akrab, bila ada teman rapat bak syed dan syarifah menyindir sedikit, kita terasa hingga bagai tiada hidup tinggal mati cuma.

Glosari peribahasa

rapat bak syed dan syarifah = bagai isi dengan kuku

laksana Chef Royal duda Sabrina Chulan anak dua Duta = gilang-gemilang dengan lima hingga sepuluh majlis

bagai memey akhil = gosip panas hot yang benar tiada dapat disembunyikan


Bolehkah kita jadikan melompat sebagai tekad azam juga?

2 comments:

aasique said...

come lompat?
sy xdop pun link Teman abe...=(

fairuspeng said...

ada le.... dalam link...
dia keluar siapa yang update saja adik ku...
kalau tak update blog, maka tiada la keluar...
lain kali update selalu...


huhu..
tak payah nak merajuk la