Tuesday, October 27, 2009

Trauma?

Semenjak gegaran yang dirasa sempen gempa bumi di Padang tempoh hari, aku masih terasa seolah-oleh rumah selalu bergegar. Masa baring terasa seperti terumbang-ambing, sewaktu berjalan juga terasa. Lalu untuk memastikan adakah betul-betul gegeran aku akan memerhatikan jam dinding dan apa-apa yang tergantung. Jika tiada apa-apa, Alhamdulillah.

Adakah ini trauma? Teruk sangatkah kejadian itu sehingga aku trauma begini? Kemalangan beberapa kali sehingga ada yang patah, tidak sekali membuatkan aku perit untuk memandu lagi. Tetatpi kenapakah begini? Meneliti ayat-ayat al-quran yang dikatakan ada kaitan dengan waktu gempa memang membuatkan aku terasa. Ya, aku perlu lebih muhasabah diri!!!

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17:16 waktu gempa di Padang. Aku sudah terhuyung – hayang, di sapa Afif aku terus berlari keluar menuruni tangga untuk menyelamatkan diri.

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

17:58, waktu gempa susulan di Padang. Mungkin gegeran tidak dirasai kerana waktu itu aku sudah kembali ke rumah di tingkat 14.Berharap agar segalanya selamat.

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8:52, sudah berada di pejabat mendengar cerita perit manis gegaran semalam daripada teman-teman.

Setiap orang dianugerahkan dengan pelbagai ujian dan hidayah. Ah, terasa rindu mahu kembali seperti zaman awal remaja dulu. Aku sudah banyak hilang segalanya.

Takziah untuk Ustaz Ramadhan yang kehilangan puteri sulung. Uh, aku tidak sempat menziarahi Nur Fatimah dan menunaikan solat Jenazah. Sungguh zalim aku!!!

Tahniah untuk seorang sahabat yang sudah selamat menjalani pembedahan kecil. Semoga cepat sembuh. Manfaatkan cuti dengan baik.

Mudah-mudahan trauma ini cepat sembuh. Mujurlah buku Bohemian yang dicadangkan Nazim Gagah banyak mengubat trauma hati.

4 comments:

Irtiyah said...

salam

kalau trauma itu boleh membayar manis iman... ?

Itu tanda Allah sayang kamu. sebab ramai yang tiada rasa apa-apa. tiada fikir apa-apa.

Insyirah said...

InsyaALLAH, trauma ini pasti akan terubat.

Jangan lupa nasihat syira, disiplinkan diri....mudah-mudahan semuanya akan menjadi lebih baik nanti..(nasihat utk diri syira juga)

ezzat said...

sedih saya tatkala dpt berita adik nur fatimah yang dah pergi

anyway, bile perasaan2 pelik muncul tetibe, muhasabah itu perlu

fairuspeng said...

alhamdulillah.. trauma hampir pulih selepas kembali dari JB