Wednesday, September 30, 2009

Ramadan: Kecewa

Bila rasa Ramadan kita yang lalu telah gagal apa yang perlu kita buat? Kecewa boleh menyebabkan kita rasa bersalah lalu menjadi lebih baik. Kecewa juga boleh menyebabkan kita pasrah. Ah, ikut saja kata hati.

Ada beberapa perkara yang aku tetapkan sebagai kayu pengukur iman (KPI) sempena Ramadan lalu. Tetapi rasanya satu pun tidak tercapai. Memang aku bermula dengan agak yakin, baik pada awalnya kemudian sedikit berkurang pada pertengahan dan menjadi terlalu buruk pada pertengahannya.

Aku tidak beli baju raya tahun ini sebab salah satu KPI gagal. Jadi pakai saja yang ada dalam koleksi. Buku yang sama juga dibawa ke hulu ke hilir. Oh, teruknya. Balik kampung tangga masjid langsung tidak dikenali. Ada yang kata lalilatulqadar sudah berlalu. Kemudian pagi hari Sabtu datuk saudara bercerita tentang pokok katak puru sujud lepas subuh. Aku termenung mengenangkan aku sudah tewas.

Semalam puasa sekadar azam. Hari ini masih belum tahu lagi kesudahannya.

Banyak lagi yang buat aku termenung sepanjang awal Syawal ini:

Kematian bapa Hakim pada hari raya ketiga. Takziah untuk Hakim.

Seorang adik yang masih belajar berbuka puasa sambil mengirup air zam-zam dan udara Kaabah

Abang yang banyak main menjemputku ke majlis keris, tengkolok, baju melayu dan sampingnya.

Seorang sahabat menyarungkan cincin selepas sekali lafaz.

Lalu aku buka kembali kalendar ayat-ayat cinta yang sudah lama terbiar di celah almari. Perlu menghitung kembali segala-galanya.

Kecewa ini betul-betul uat aku rasa mahu jadi setan… Adakah ini tanda-tanda pengakhiran yang tidak lurus?

Aku perlu lebih kuat, menjadi sekuat abah yang masih boleh ke kebuh pada usia separuh abad. Juga masih boleh melakukan segala-galanya. Sekurang-kurangnya menjadi seteguh adikku. Kuat nekadnya dalam membuat keputusan dan mengejar cita-cita.

5 comments:

Noor Aimie said...

lama jugak tak comment dekat blog peng ni..

hmm.. paham sangat ape yang peng rasa. jeles gile kalau ade yang puas hati dan tersenyum bangga dengan ramadhannye.

Dont giveup..

Kinokids said...

aku di bumi asing ni tak tertinggal dengan rasa kecewa itu.

sumpah.

rasa tak best.

TulipKu said...

perasaan itu membenarkan kita untuk berfikir...

Insyirah said...

Sebenarnya dalam hidup kita ni seumpama kita menghadiri peperiksaan tanpa henti. Saya berkata begitu kerana kita yg membuat pilihan sendiri bagaimana nak mencorakkan kehidupan kita. Kalau salah pilih jawapan, maka hidup kita mungkin akan terumbang ambing. Kalau kita pilih jawapan yg betul, insyaALLAH semuanya akan berada dlm keadaan baik. Peperiksaan kita ni tak de la sesusah mana, jawapan-jawapannya memang terang lagi bersuluh telah diberi. Cuma hati kita aje nak pilih yg mana satu.

KAY said...

mmg semua mengimpikan ramadan yang terbaik dan lebih baik dari tahun2 yg sudah.walaupun terasa ramadan yang lalu tidak seperti yang diharapkan, tabahkan hati kita dan syukur kpd Allah dgn banyaknya kerana kita masih sempat menikmati ramadan yang baru berlalu.moga2 kita dipanjangkan umur untuk terus menikmati segala keberkatan di ramadan2 yang akan datang.....amin