Friday, September 4, 2009

Ramadhan: Rahmatku

Gempa bumi di Tasikmalaya sedikit sebanyak mencuit hati rakyat Malaysia biarpun ada sesetengah pihak di sana sedang menyerang Malaysia kerana tarian Pendet milik mereka. Tragedi yang setakat ini mengorbankan 57 nyawa mungkin rahmat untuk seluruh penduduk Jawa. Ya, kita sering menyatakan betapa bencana alam itu adalah petanda amaran daripada Allah. Peringatan untuk hambaNya yang alpa. Lalu dari peringatan itu, lahirlah manusia yang menginsafi kekuasaan Allah kemudian berubah menjadi lebih baik. Maka, aku kira bencana sebegini alah rahmat.

Di Malaysia, segala kesenangan itu adalah rahmat Allah. Bazar Ramadhan dengan limpahan kuih dan juadah berbuka adalah rahmat untuk kita. Pada 112635 peneroka Felda pula, peruntukan RM37.23 juta duit raya juga adalah rahmat ketika keadaan ekonomi sedang tidak stabil. Tetapi selalunya kita tidak sedar dengan rahmat ini. Bahkan rahmat ini selalu saja membuatkan kita alpa. Menghabiskan duit di bazar Ramadhan seperti syaitan masih berleluasa.

Padaku, kenaikan harga minyak dan pengenalan RON 97 adalah rahmat untuk kita rakyat Malaysia supaya kita berwaspada serta sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Banjir di Kedah dan Perak juga rahmat kerana kesusuhan yang diuji itu dibalas Allah dengan gandaan pahala kesabaran. Kalau ikutkan semua benda adalah rahmat. Cumanya bergantung kepada penilaian kita.

Aku, rahmat untukku bila dapat berbuka dengan kawan-kawan kerana boleh saja aku mengetahui dan menyelami perkembangan serta makan yang sedap-sedap. Hujung minggu lepas memang rahmat apabila sibuk dengan memenuhi undangan berbuka. Sabtu berbuka di KLIA, Ahad berbuka dengan mantan teman serumah, Shuq dan Hariri, sementara Isnin pula berbuka dengan adik-adik UM , UIA jua UKM.

Sebahagian tetamu berbuka Sabtu

Tetamu dan penganjur hari Ahad

hidangan berbuka Isnin,ayam panggang dan kari udang dimasak orang bujang

Rahmat juga bila Dabby ku masih lagi sakit walaupun telah menerima rawatan rapi beberapa minggu. Sabar saja menghayati ketidaksihatan dabby. Paling terasa rahmat Ramadhan tahun ini adalah merasai tiadanya syaitan di sisi.

Rahmat juga Berjaya menghabiskan 20 hari dengan sederhana nikmat makannya. Mudah-mudahan agenda 100 hari dapat dilaksanakan dengan jayanya biarpun hajat memiliki baju raya tidak kesampaian.

1 comment:

lienieliey said...

peng...
nak makan gak..
dah lama x makan murtabak kat pasar malam kerinci
char kuey teow
nasi kukus
lagi2...
dah lama x g kl
kat jb pasar malam x best
x banyak makanan
heheh=)