Asal pergaduhan Nazim Gagah dengan Kamil Antah adalah kerana Kamil Antah bercerita gembiranya dia pada kedatangan Ramadan kali ini.
“Aku suka Ramadan kerana tiga perkara: Sahur, Berbuka, Terawih,” mula Kamil Antah. Nazim Gagah mulanya diam saja. Jadi Kamil Antah menyambung, “Aku suka sahur kerana fadhilatnya. Juga elok boleh bangun untuk solat hajat dan solat tahajjud sekali. Kalau harapkan bulan lain, tak terbangun. Sekurang-kurangnya bukan bangun untuk makan saja,. Qiamullail sekali.”
“Betul ke bangun untuk qiamullail ni. Bukan bangun untuk tengok Nur Kasih. Kejar balik episod yang tidak sempat ditonton. Lagi mahu bergelak tawa menonton Dairi Ramadhan Rafiq. Jangan tipu la. Aku sudah tahu niat mu,” balas Nazim Gagah.
“Serap. Perang suah bermula,” Jawab Kamil Antah
“Oh, hamba bukan mahu berperang dengan tuanku. Cumanya hamba ingin mendapat kepastian. Baiklah, kenapa pula tuanku menyukai berbuka?” Bila Nazim Gagah berbahasa begini ertinya dia sudah mula langkah pedasnya.
“Oh, Beta suka berbuka kerana dapat berbuka dengan rakyat jelata di masjid-masjid besar seluruh Negara. Sambil menikmati keindahan senibina masjid. Tak sia-sia beta menyuruh memanda menteri membina masjid yang indah bak besi putra purnama.” Kamil Antah juga berpedas-pedas.
“Tuanku, hamba rasa tuanku seronok berbuka di masjid supaya mengelakkan perbendaharaan negera berkurangkan. Maklum saja ekonomi sedang meleset. Lagi pula tuanku punya perancangan mahu mengadakan majlis perkahwinan yang gemilang.”
“Mana ada! Beta bukan seperti Tun Putra Gagah tidak gagah yang mahu menguruskan badan. Lalu berkunjung ke masjid supaya makan tidak banyak. Padahal selalu saja mengomen akan lauk-pauk di masjid. “
“Serang. Berhati-hati kita diserang!”
“Apa serang-serang ni?”
“Tadi Tuanku sebut serang.”
“Bukan serang la, serap!”
“Serap apa tuanku.”
“Serap kata-kata Tun Putra lah. Ni beta nak bagi tahu sebab terakhir beta gembira sekali dengan tibanya Ramadan adalah kerana terawihnya. Boleh beta beribadah setiap malam. Tidaklah asyik menonton berita tipu di kaca peti berbunyi ataupun menonton cerita lakon tipu semata-mata. Sekurang-kurangnya tambah juga pahala beta. Dekat lagi diri beta dengan Allah yang maha agung.”
“Ini hamba memang sokong tuanku. Dengan ada ibadah terawih kita jadi sedikit selamat daripada godaan kaca peti bersuara. Pentingnya boleh dengar bacaan merdu imam-imam. Elok lagi dari mendengar suara mentor, suara LG dan suara jom heboh. Kalau sepanjang tahun boleh menunaikan teraih barangkali kita semua boleh menjadi hamba yang benar-benar hamba.”
“Bagus, bagus. Akhirnya Tun Putra akur juga dengan pendapat beta. Oleh itu beta beri gelaran baru kepada Tun Putra. Mulai sekarang beta isytiharkan nama kamu sebagai Putra Emerald Nilam Garuda.”
“Indah nama tu, tetapi kenapa pelik bunyinya tuanku.”
“Beta tidak suka dengan Nazim Gagah itu, bunyinya macam mengejek kerana semua orang tahu Tun Putra bukanlah gagah sangat. Emerald itu bangsa kita panggil baiduri. Permata berwarna hijau. Orang Arab gelarnya fairuz. Nilam itu adalah tambahan betapa Tun Putra ini bukan permata biasa tetapi pertama hasil kacukan dua jenis permata yang indah-indah. Beta namakan Tun Putra dengan Garuda bukan lah kerana Tun Putra buncit orangnya. Memang itu benar dan semua orang tahu, tetapi kerana besarnya pengaruh Tun Putra pada kehidupan beta dan rakyat jelata.” Kamil Antah sedikit menahan ketawa.
“ alau begitu hamba juga mahu memanggil tuanku dengan nama baru. Gelaran Sultan Kamil Antah Yazdan kurang elok.”
“Apa? Beta tidak sabar ni.”
“Beritahu sekarang tidaklah elok kerana hamba ini rakyat marhaen saja. Nanti hamba minta restu daripada Syed dan Syarifah dahulu.”
“Ah, macam-macam la kamu ni. Cepat aku sudah tidak tahan mahu kencing. Masjid besar begini pun tiada air di tandasnya. Teruk betul.”
Cepat-cepat Nazim Gagah menghida\upkan motor. Nama saja masjid selurh wilayah. Senibina seperti masjid di Turki tetapi ada masalah seteruk itu.

2 comments:
;)
Bagus2 memanda tuanku ni............gelaran yang beta bagi pun diterima seadanya......gelaran beta yang tuan hamba anugerahkan tu bermaksud apa hendaknya..........untuk pengetahuan tun putra, banyak lagi batu permata yang indah ada di alkhazanah negara........tun nak tahu ke......belum masanya lagi untuk tun tahu.....permata2 indah di alkhazanah negara khas untuk suri negara ini sahaja...........daulat tuanku
Post a Comment