Friday, August 7, 2009

Putra Eskandar Nazim Gagah Sedang Runsing.

Pagi-pagi lagi Nazim Gagah duduk termenung. Kita tidak mahu mengacaunya. Maklum saja hari ini hari Jumaat. Nanti bergaduh kami. Seperti ada masalah yang melanda. Tengah hari, wajah Putra E. Nazim Gagah masih sama. Tidak ceria. Kita pelik sekali. Katanya malam tadi berseronok ria di hujung kampung menikmati pemandangan sambil makan potongan kambing. Nazim Gagah memang bersahabat baik dengan daging kambing. Jumpa mereka mesti gembira.

Tapi tengah hari tadi kita kuatkan semangat, menyapa juga Nazim Gagah.

“Kau ni kenapa? Macam ayam berak kapur.”

Diam. Nazim Gagah terus menghirup air seratus putih. Jarang benar dia minum air bergas. Lama dia diam. Kita sudah ketakutan.

“Perlukah kita berubah supaya orang menerima kita atau kita jadi diri sendiri dan biarkan mereka menerima kita seadanya.” Akhirnya bersuara juga.

“Seingat aku nabi ajar kita menjadi lebih baik berbanding semalam. Pastikan juga esok lebih baik dari hari ini. Kalau tidak kita dalam kerugian.” Jawabku.

“Jadi aku harus berubah la. Baik. Tapi teruk sangatkah aku?”

“Teruk juga la,” kita berterus terang saja. Mulut Nazim Gagah memang tidak kenal siapa. Asyik menghunus dan menyindir saja. Bahkan lawak-lawaknya juga begitu, sinis dan mengenakan. Teruk juga cara dia bergurau. Kalau siapa yang tidak sabar pasti marah.

“Tak elok ke cara aku begini. Aku rasa nyaman dan indah bila orang gelak setiap kali aku ajukan gurau yang begitu.”

“Entah. Mungkin sesetengah orang menerima. Mungkin sesetengah orang tidak boleh.”

“Kau?”

“Aku tidak kisah, asalkan jangan melampaui batas.”

“Aku bukan apa. Bimbang juga. Kita bersahabat untuk ikatan yang murni demi Tuhan. Aku tidak mengharapkan lebih. Kau tahukan aku jenis yang tidak boleh sendiri. Takut juga nanti tiada orang boleh berkawan dengan aku.”

“Kalau dengan aku kau mungkin boleh bergurau dengan macam ragam sinis. Cuma dengan yang lain aku tidak pasti. Tanyakan saja mereka. Boleh menerima atau tidak. Mungkin setaip orang lain caranya. Kau perlu sesuaikan.”

Nasi goreng cendawan dan kue tiaw kongfu sampai. Nazim Gagah mengamati kue tiaw seperti tidak puas hati.

“Abang kejap. Ni bukan Kongfu. Patutnya goreng dengan telur dulukan.”

“Ni la kue tiaw kongfu. Betul dah tu.”

“Kalau dah betul tak mengapa. Saya yang salah.”

Pelayan itu berlalu. Cara Nazim Gagah sedikit kurang menarik.

“Cara layan tu kena ubah. Sopan sikit. Mereka itu manusia juga. Sama macam kita. Macam-macam dia boleh buat dekat makanan kau nanti.”

“Eh, biasa dah tu! Aku mana ada tengking pun.”

“Tak biasa tu. Ubah sikit. Ini memang kena ubah.”

“Ya.” Nazim Gagah tidak puas hati.

“Aku rasa kau kena berubah juga. Takut nanti tiada yang mahu kahwin dengan kau nanti.”

“Sampai macam tu!” Nazim Gagah tersentak. Tidak jadi menyuap kue tiaw.

Kita sekadar mengangguk. Kita menyokong saja kalau Nazim Gagah mahu berubah. Anngun Nurathirah Angsana pun sudah menunjukkan tidak sukanya dia kepada Nazim Gagah. Bimbang juga cintanya ditolak lagi. Nanti dua tahun bawa diri. Lambat lagi kahwin sahabatku ini. Tidak tahu boleh brubah ke tidak Nazim Gagah ini, biasanya kalau sudah bercakap dan bertemu koncunya mula dia hilang diri. Tidak Terkawa.

Ya, Allah, bantulah Nazim Gagah menjadi insan yang baik, Kekalkanlah ikatan persahabatan kami ini.

1 comment:

ana said...

ok..sayer dah bace entry nih.