Friday, August 21, 2009

Mimpi- Benar Vs Palsu

Mimpi itu mainan tidur saja. Biarkan berlalu.

Selalunya aku jarang mengingati mimpi. Bangun pagi terasa indah mimpi tetapi tidak ingat apakah yang dimimpikan. Tetapi minggu lepas sebelum pulang ke kampong aku mengalami mimpi sedih. Bermimpi kedua orang tuaku meninggal. Rungsing juga dibuatnya. Tangisan dalam mimpi tidaklah dibawa keluar. Namun rasa gusar itu memang melanda. Lalu aku kongsi dengan beberapa orang teman di pejabat.

“Itu tandanya mereka panjang umur.”

“Ha, tanda mereka senang hati,” balas Su Yah, mak saudara ni kampung semasa aku ceritakan mimpi itu. Tetapi tidaklah aku sampai hati ceritakan mimpi ini pada Abah dan Mi.

Sebelum itu, Su Yah menceritakan kepadaku tentang mimpinya. Aku membawa pulang bakal isteri yang cantik dipandang. Putih manis orangnya. Malah nenek yang meninggal semenjak aku kecil hadir sama dalam mimpinya. Aku sekadar tersenyum. Kalau ditakwilkan seperti mimpi pertama tentu saja hasilnya aku akan kahwin lambat lagi. Oh, tidak mahu sehingga berusia terlalu tua. Dua tahun lagi barangkali memadai. Walaupun baru putus cinta tidaklah mahu aku mengingati sedih terlalu lama. ;P

Mimpi bukan boleh dikatakan sebagai mainan tidur saja. Mimpi basah adalah alamat yang benar. Mimpi nabi Yusof juga benar. Bahkan Baginda boleh mentakwilkan mimpi raja lagi sehingga terserlah kebenarannya.

Kalau diikukan, aku mahu mimpi yang lebih indah menjadi kenyataan. Tetapi masalahnya mimpi ini selalu saja tidak menepati citarasa. Selalu disebutkan orang mimpi menjadi kenyataan yang memberi maksud betapa sesuatu yang diingini itu mudah-mudahan tercapai. Rasanya aku tidak pernah mimpikan sesuatu yang betul-betul dihajati. Menghirup udara senja yang indah di pulau terpencil tanpa memikirkan masalah dunia moden dengan makanan sedap terhidang, tentu saja mimpi yang indah.


Ah, biarkan mimpi terus menjadi mainan tidur kerana mimpi selalunya terjadi apabila tidur ditahap biasa bukan ketika nyenyak tidur. Paling penting aku tidak mahu mimpi menakutkan sehingga terkencing. Cukuplah sewaktu anak-anak kecil dahulu.

Sempena Ramadhan yang bakal datang malam ini, aku tidak mahu lagi terlalu dibuai mimpi. Biarlah selalu dapat bangun awal untuk bersahur. Maklum saja tinggal bertiga di rumah bujang. Harap-harap tidak selalu terlepas sahur.

-Selamat menyambut Ramadhan. Maaf pada salah dan silap-

p/s: kejutkan aku sahur mala mini.

3 comments:

~kalamun shidqun~ said...

aik,abe peng,baru putus cinta?..
ish2x...
memang mimpi psl mati nie selalunya sebaliknya y berlaku...
bukan senang nk takwil mimpi..
diamkanlah shj,klu mimpi y xbek nie..
semoleknya,ms lepas mimpi y xelok,pusing muka sebelah kiri,buat mcm meludah dngn bcaan 'astagfirullah al'azim'...pastue,diamkan sj bnda y dimipi tue,usah disebu2 takut2nya seolak2 mendoakan mimpi itu dimakbulkan..wallahualam..

saffmukmin said...

insyaallah,xde apa2 makna yg trk dr mimpi itu semua...

Hilman Nordin said...

laa... mimpi tu cuma bawak pulang bakal isteri... mana tau masa tu dah tua ke belum.. Ntah2 dalam masa terdekat... Ameen.

hmm, baru putus cinta?