“Kamu, apa maksud nama kamu?” Tanya bos yang baru masuk hari Ini. Nazim Gagah yang terkejut dengan penampilan bos baru terdiam. Mana tidaknya, bos yang bermisai tebal memandang dari bawah cermin mata. Jelingnya boleh tahan.
“Putra itu maksudnya putera, anak raja. Iskandar itu sempena nama Iskandar Zulkarnain. Penakluk dunia yang hebat.”
“Jadi tak ada makna sangat la. Gagah tu sebab awak dilahirkan sebagai seorang lelaki yang gagah la, Nazim tu la pula apa maksudnya? “ Belum habis Nazim Gagah bercerita sudah dipotong.
“Ya, sebab saya Gagah dan mak saya mahu saya terus menjadi seorang Putra yang Gagah. Mudah-mudahan menjadi seorang pemerintah yang gagah dan adil. Bas yang gagah dan berani.” Mahu saja Nazim Gagah jawab begitu. Tapi yang dijawab adalah, “Begitu la bos. Nazim tu maksudnya penyajak.”
“Oh, mesti mak kamu nak suruh kamu menjadi penyajak kepada seorang putera raja yang gagah ni.” Rasa seperti Bos dapat membaca mindanya.
“Eh, mana ada. Nanti kalau saya kahwin dengan puteri raja boleh saya menjadi putera raja. Barangkali menjadi raja sekali. Penyajak tu kebetulan rasanya. Tapi saya memang bercita-cita mahu menjadi penyajak di raja seperti Dato’ Anwar Ridhwan," kata-kata itu tidak keluar daripada mulutnya.
“Habis saya nak panggil kamu apa ni? Putra Gagah, Iskandar Gagah, Nazim Gagah atau Iskandar Nazim?”
“Panggil la apa-apa pun bos, jangan panggil Nazim Lembut dah. Saya tak kisah.” Sekadar dalam hati bicaranya.
“Kamu ni dari tadi senyum sahaja. Cuba jawab sikit saya tanya ni.”
“P. E Nazim Gagah.” Jawab Nazim Gagah dengan penuh senyuman.
“Baiklah, pergi kerja. Jangan banyak main-main. Tapi saya tak nak panggil awak P.E. Nazim Gagah . Saya panggil Nazim Gagah saja. Takut la nanti orang ingat P. E singkatan untuk pendek.” Dia berhenti dengan gelak penuh tawa. Sambil menyuruh Nazim Gagah pergi.
Nazim Gagah tahulah dia pendek tetapi itu bukan masalah besar untuknya. Dengan pendek banyak kelebihan. Dia pernah siapkan pantun kelebihan orang pendek.

Rumput pendek di laman rumah,
Nampak nyaman lagi berseri,
Biar pendek tidak menyusah,
Bahkan dikenang kerana berbakti.
Nasi dibubuh bersama dal,
Makan jelira di hujung laman,
Pendek tubuh panjang akal,
Hidup gembira banyak kawan.
Ubi keledek masak berudang,
Makan bersama di Istana Jahal,
Biar pendek cantik dipandang,
Laksana ayam serama dijual mahal.
Nampak nyaman lagi berseri,
Biar pendek tidak menyusah,
Bahkan dikenang kerana berbakti.
Nasi dibubuh bersama dal,
Makan jelira di hujung laman,
Pendek tubuh panjang akal,
Hidup gembira banyak kawan.
Ubi keledek masak berudang,
Makan bersama di Istana Jahal,
Biar pendek cantik dipandang,
Laksana ayam serama dijual mahal.
Nazim Gagah menutup pintu dengan lemah-lembut. Takut Bos terkejut. Maklum saja baru hari pertama bertugas. Dia juga perlu menunjukkan penampilan pertama yang baik kepada Bos. Mujur hari ini dia mengenakan baju berwarna krim dengan tali leher merah, seluar hitam tanpa belang dan kasut hitam. Semuanya Nampak konservatif. Sepanjang minggu ini pasti tiada kasut berwarna coklat cair yang baju belang yang dikenakan.
Kemudian dia terpandang nama Bos di pintu bilik, Pengarah Eksekutif : Nazrul Daud Elias Kemas. Bila akronimnya menjadi P. E. N. D. E. K. Lalu terlintas dihatinya, “ Mengata orang konon.”

3 comments:
hahahaha.
ok.
tak boleh blah.
pendek.
hoho..ok sayer dah bace
Izinkan saya gelak.
Hahahaha. (Gelak dengan penuh sopan santun) :p
Post a Comment