Thursday, August 27, 2009

Putra Eskandar Nazim Gagah : Makan Hati Berulam Jantung

Bulan puasa biasanya jarang sekali makanan yang terhidang tidak lalu. Semuanya nampak sedap. Lantaran itu kalau bertandang ke bazaar Ramadhan semua makanan ingin dibeli. Baik lempeng kepala ataupun tahi itik semuanya tampak sedap. Pendek kata semua benda yang boleh dimakan, dijual pasti laris. Kalau batang kayu dikukus elok kemudian disira pasti laku. Tapi mujurlah batang kayu tidak boleh dimamah seperti santap ayam golek.

Namun bulan puasa tahun ini, Putra Eskandar Nazim Gagah seolah-olah tidak lalu makan. Tiada lagi balik awal dari bandar pentadbiran yang sudah didirikan masjid dari besi yang sepoi-sepoi bahasa angin menerpa masuk, semata-mata mengejar nasi kerabu. Tidak juga menghitung giliran lauk-pauk untuk dijadikan juadah berbula. Sebaliknya, Nazim Gagah berbuka ala kadar di masjid.

Telah takdir agaknya, selepas solat Terawih di masjid ada kolam mengelilingi dia terserempak dengan Olisa Yusliza Akar. Mula-mula dia tidak perasan sangat akan kelibat rakannya. Bila Olisa Y. Akar memanggil-manggil penuh emosi, Nazim Gagah yang masih berkopiah putih seperti lebai menyahut juga.

“Eh, U nampak kurus la. Apa rahsia?” Itu soalan pertama dari Olisa Y. Akar.

Nazim Gagah senyum saja. Tidak mahu menjawab soalan. Sebaliknya menyentuh perutnya yang sudah sedikit kempis.

“Ala, bagi tahu la. Takkan, tak boleh kongsi tip.” Desak Olisa Y. Akar.

“Rahsianya, makan hati berulam jantung.” Nazim Gagah menyentuh lagi perutnya yang masih belum nampak pek enam pun.

“Putus cinta ke? Dengan sapa? Norlie Ais Norzie Air ke? Bila U couple dengan dia? I don’t know pun,” Makin jelas cakap orang atas angin Olisa Y. Akar. Dia memang begitu bahasanya. Campur Melayu dengan Inggeris walaupun asal usul keturunannya dari Jawa. Katanya moyang kepada moyang kepada moyang kepada moyangnya dulu datang ke Tanah Melayu bersama Parameswara tetapi tidak larat mengikut Parameswara ke Melaka, jadi menetap saja di Johor. Kemudian membina kampung di situ sehingga sampai Islam di Melaka. Parameswara kemudian menghantar anaknya untuk berdakwah kepada orang kampung. Moyang kepada moyang kepada moyang kepada moyangnya itulah yang menjadi jurusebat pertama di penempatan itu. Kisahnya bermula bila seorang isteri minum tapai sampai mabuk. Lalu dia dihukum sebat 80 kali. Tiada yang membantah walaupun mereka baru sepurnama memeluk Islam. Kalau disebat 6 kali, tentu saja mereka tidak menjeling. Hukuman yang ringin sekali.

“Bukan. I bukan break off dengan Norlis A. Norzie A, dengan orang lain. U tak kenal.” Nazim Gagah juga terpengaruh dengan bahasa edisi Olisa Y. Akar

“Oh, I see. Sebab U tak kenalkan I lah jadi macam ni.”

“U pun nampak kurus. Apa rahsia?”

“Sama la, I pun makan jantung berulam hati juga. Kita senasib la U.”

“Biasalah, orang yang kita sayang adalah orang yang paling susah untuk disayangi.”

“Wow, hebat la falsafah U. Macam mana tu?”

“Kalau U perasan. Orang yang kita sayang ni, susah-payah kita tunjukkan kasih-sayang kita padanya. Tapi kadang-kadang mereka langsung tak faham bahawa itu adalah kasih-sayang. Ada yang tak selesa dengan perbuatan kita. Itu kira beruntung lagi berbanding yang membuang kasih-sayang kita jauh ke laut hitam. Buang seperti membuang penyakit hantu satu nose satu yang tiada ubatnya.”

“Betul tu U. I pun tak faham macam mana kasih-sayang boleh dibuang begitu saja.”

“Sebenarnya sudah nasib kita, hulurkan kasih-sayang pada yang tepu dengan kasih-sayang. Patutnya kita cari yang lain. Mencari yang sentiasa dahagakan kasih-sayang.”

“Wah, ni hilang satu sepuluh datang.”

“Kalau sepuluh datang tak adanya makan hati berulam jantung. Mesti hari-hari makan me goreng ayam mamak.”

“Mujurlah I cepat sedar U. Kalau tak bukan saja hati dan jantung, tulang pun I makan sekali.”

“Makan hati dan jantung pun dah kurus, kalau makan tulang U mesti lagi kurus.”

“Ni sekarang I bukan makan jantung dan hati sangat pun. Muntah hari-hari. Makan sikit muntah. Maklumlah banyak sangat bagi kalbu pada orang lain sampai perut pun dan tak boleh terima hati, mulut pula rasa hanyir sangat jantung tu.”

“Dahsyat juga penangan jantung hati U ni. I tak ada sampai macam tu. Tapi boleh rasa juga kurang selera makan dan makan sikit tu. Menangis pun sampai bawa ke dalam solat.”

“Ini lagi dahsyat, dalam solat pun menangis. I boleh tahan lagi la menangis. Tak ada la setiap kali orang tanya I menangis sedih seperti tangis menyesal seorang peragawati.”

“Kuat juga semangat U. I menangis bukan apa pun. Sesal mengenangkan I tidak berjaya menambatnya ke jalan yang betul. Lagi takut dia jauh terpesong. Tak nak kerana I dia jadi makin jahat.”

“Olisa ! Olisa ! Cepat. Mak ajak balik.” Laung adik Olisa Y. Akar sambil menunjukkan rotan kecil yang mungkin diguna untuk menyebat.

“Bukan boleh tengok I senang sikit. Ni nak pesan sikit. Enough lah tu makan hati berulam jantung. Nanti kalau kurus sangat tak hansome. Too lidi, nanti tak ada perempuan nak.”

“Baik. Tapi U kena banyak lagi makan jantung dan hati, baru nanti ada lelaki pandang.”

Olisa Y. Akar pergi cepat-cepat. Teringat Nazim Gagah masa bersenang-lenang dengan Olisa Y. Akar dan beberapa rakan lain. Makan kek dari kedai penuh rahsia setiap kali ulang tahun kelahiran. Itulah sebabnya dia menjadi gemuk dahulu. Bersama geng B dia selalu berselera.


Oh, mereka bukan berjumpa di sini. Ini ruang solat Masjid Besi

5 comments:

Anonymous said...

biar benar peng..awak nih btul2 ker putus cinta?..asal kitorang tak tau..

Kinokids said...

eh dah bukak ke masjid besi tu? dalam paper macam gempak je. teringn gak nak solat kat situ

fairuspeng said...

ana: bukan saya la.. Nazim Gagah.. saya kan single lagi..hihi

kinobaik: dah kuar tv pun pasal masjid tu.... memang dan buka

ana said...

hahah..ok..nazim gagah..luper..

yummien straggy said...

olisa tu msti chumell kn?
dari care anda bercerita..saye rase die mesti bukan saje chumell..
malah kiut juge..

uhm..kengsalam die..