Satu kerugian besar rasanya apabila aku tidak mengambil peluang untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun ahad lalu. Seorang teman, Kak Syuhada menghantar mesej yang betul menyentuh hati. Dia dalam kenderaan waktu Maghrib itu dan sempat mengaminkan doa di radio untuk penutup akhir tahun 1429h dan mengaminkan doa awal tahun yang dibaca ibunya menerusi telefon. Aku walaupun di masjid tetap tidak dapat mengaminkan doa. Memang betul-betul kerugian.
Tahun 1429h sudah berlalu dan 1430h sudah tiba. Banyak sekali berlaku dalam minggu terakhir 1429h dan awal 1430h.
Serangan Israel ke atas Gaza. Penduduk Palestin bermandi darah. Seluruh dunia bersuara. Baik negara Islam atau bukan. Kerajaan Indonesia mengumumkan bantuan kesihatan sewaktu rakyatnya mengadakan demonstasi jalanan. Malaysia? Dalam keadaan pembangkang ramai di Parlimen hanya kutukan sahaja yang dilontarkan. PAS akan kini sedang berintifada hadapan Kedutaan Amerika. Aku juga masih belum menyumbang. Kata orang kalau sekadar doa itu lekeh benar. Fairus, ayuh bergerak? Jangan tanya ke mana?
Patah tumbuh hilang berganti. Takziah atas kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dan tahniah kepadaTunku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir kerana dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 .
Terima kasih untuk Kino yang menghadiahkan aku puff pastry. Memang sedap. Alhamdulillah berkat makan air tangan Kino emosi aku lebih stabil setelah kehilangan dompet. Sesuatu yang memeritkan mahu mengembalikan semua kad yang ada di dompet. Sekarang baru dapat satu, Kad Bank Islam. Yang lain susuh sedikit, perlu tunggu kad pengenalan siap. Ah, aku didenda RM200 pagi ini kerana kehilangan kedua! Kata orang bila kita hilang sesuatu, tentu kita sudah terambil sesuatu dari yang lain. Hilang segala di dalam dompet padaku satu hikmah yang cukup besar. Dalam tidur bangun untuk menstabilkan emosi pada hari Sabtu banyak yang bercambah di minda. Nanti kalau ada masa aku nukilkan. Terima kasih pada Kino kerana berusaha menolong aku mematikan fungsi kad kredit Kak Win dan semua kad ATM (Maybank, Bank Islam dan CIMB). Nanti kalau ada rezeki peng hulur buah tangan sedikit.
Azam tahun baru! Aku memang sudah menulis azam baru untuk tahun akan datang beberapa hari yang lalu, sebelum Aimi men’tag’ aku. Tetapi selepas peristiwa kehilangan dompet, aku bina azam baru. Ini yang boleh dikongsi (ada yang menjadi rahsia):
- Tingkatkan ibadah, bersedia untuk dijemput. Perlu kembali seperti zaman murni di lembah tarbiah.
- Laksanakan program untuk remaja di teratak. Ini tertangguh dari tahun lepas. Perlu lebih serius. Masalah kewangan perlu dihadapi.
- Kalau ada rezeki teringin juga sambung belajar (separuh masa).
- Simpan duit untuk membeli kereta, peti ais, kamera dam computer riba. Wah, banyaknya!! Juga simpan untuk kahwin (persediaan sudah agak lewat sebenarnya)
- Siapkan tiga novel dan 24 cerpen. Terbitkan sekurang-kurangnya satu novel.
- Cari lebih banyak peluang perniagaan. Sekarang baru kecil-kecilan. Banyak rugi dai untuknya. Perlu lebih sistematik.
Semoga tahun baru ini mendatangkan seribu hikmah untuk kita.

2 comments:
"Juga simpan untuk kahwin (persediaan sudah agak lewat sebenarnya)"...Bereh be...bnyok maso lagi...saya sokong Abe!..hehe..
o la banyok lagi maso...
sokong gapo ni?
Post a Comment