Friday, December 12, 2008

Pulang Beraya

I

“Dok pakat tengok gapo lagi (Apa yang ditunggu lagi). Tak dok tuan kijo ni (tak ada pakar). Lembu tu pakat sie la (sama-sama lapah).” Pak Teh sedikit bersuara bila masing-masing hanya melihat lembu yang disembelih. Semua orang-orang tua beransur mahu menumbangkan seekor lagi lembu.

Aku mendekati lembu bersama adik aku, Abang Chik dan sepupu serta dua orang lagi yang sama-sama mengambil bahagian dalam upacara pagi itu.

“Nok wat ghano ni? (Nak buat apa ni)” Tanya salah seorang dari mereka.

“Tahu la, kito pun tok reti jugok.( tak tahu la. Kita pun tak pandai). Lapoh la asal bue kulit tu (lapah sahaja asal buang kulitnya).” jawab adik aku.

“Payoh la kijo kalau sah-sah budok muda ni (susah la kalau yang buat kerja orang muda).” Jawabnya lagi

“Keno blaja la. Seksok kalu tak dok ore tua payoh la (kalau tak ada orang tua kemudian hari susah la).” Tambah rakannnya.

Adik aku yang seorang lagi, Abang Ngah datang melapah dengan tenang. Aku sekadar pegang kaki sahaja. Memang tak pandai melapah. Memang setiap tahun kami kerjakan lembu. Tapi aku ambil kerja yang senang-senang sahaja. Rasanya, aku harus belajar melapah tahun hadapan supaya senang di kemudian hari. Tahun ini aku membasuh perut yang penuh tahi. Seronok juga.

Kalau di Kuala Lumpur tidak risau rasanya semua ini. Tapi kalau di Kelantan anak lelaki mesti belajar. Baru mertua suka hati. Memang aku wajib belajar ni! Kalau aku selalu komen perempuan tidak pandai masak itu dan ini nanti aku dikomen kerana tidak pandai menguruskan lembu sembelihan pulak!! Habis aku!

Abah sedang membuang ikatan tali pada lembu yang perlu dilapah


Lembu sedang disembelih. Allahu akbar!

II

“Kain pelekat ore dok mano?” Tanya adikku.

“Tu dok sida (tengah sidai).” Jawab Mi ( Umi)

“Tingga la kain tu, tok payoh bawok(tak payah bawa). Tok ke tak dok kain di koleh (takkan tak ada kain di kolej).” Balasku.

“Ado. Mano tahu darurat. Nok maye gak (nak solat nanti).” Jawab adikku.

Pengajaran untuk aku seorang abang. Perlu sentiasa bersiap sedia dengan kain pelikat di dalam beg semasa perjalanan. Kecemasan yang berlaku tentu tidak diduga. Penting untuk solat. Bagus juga ilmu adik seorang ini. Hal ini nampak remeh tapi penting sebenarnya. Kalau terkucil macam mana? Pernah terkucil? Mudah-mudah jadi manusia adik seorang ini.
Malam ini aku pilang lagi. Tapi bukan pulang beraya. Semoga mendapat redha semua.

3 comments:

rojak buah said...

salam.mano abe peng nyor.x napok pun..

fairuspeng said...

jadi jurugambar... macam mana nak ada gambar.. tu pun sedikit saja boleh ambil.. sibuk.. yang selebihnya budak-budak.. mana pandai nak ambil gambar...

aasique said...

Oo....x jadi be stkat jd jurugmbar...jadi penyembelih baru jolo...huhu...