Bayangkan kalau segalanya dalam dunia ini tidak memerlukan duit. Seronoknya! Hujung bulan tak payah fikir pasal bila gaji nak masuk. Tak perlu susah-susah untuk mengira bagaimana mahu mengiptimumkan penggunaan duit suapay semua benda yang ingin boleh dilaksanakan.
Tapi nanti bagaimana mahu membayar makanan, kereta dan pakaian?
Semuanya bayar dengan kerja dan keringat. Kalau nak beli nasi perlu buat kerja lain dahulu dan boleh dapat nasi. Contohnya pergi kafe, lap meja makan dan bersihkan meja dapat sepinggan nasi dengan lauk ayam, sayur, buah dan air. Kalau nak beli baju, pergi kedai tolong sapu lantai atau libatkan pakaian yang sudah dibolak-balik. Kalau pakaian mahal-mahal mungkin sahaja tukar dengan barangan yang dianggap setanding dengannya oleh tuan kedai. Nak beli seekor kambing tukar dengan 10 ekor ayam. Murahkan!
Ataupun bayar dengan pahala. Baca al-Quran banyak-banyak setiap pagi dan bangun qiamulai kemudian akan terpampang di dahi jumlah pahala untuk hari itu. Bila beli sesuatu pahala itu akan berkurang dengan sendirinya. Bila peniaga terlalu banyak pahala dia akan bagi kita dosa pula. Dosa itu juga terpampang di dahi. Dosa warna merah dan pahala warna hijau. Bila nak dapat gaji kira jumlah pahala sebulan. Masuk kerja punch pahala dan dosa, keluar pun sama. Masalah kecurian mesti tak akan berlaku.
Boleh juga kalau duit itu adalah daun. Macam zaman kecil-kecil dahulu. Daun yang besar lebih besar nilai dari daun yang kecil. Daun yang bersepah di tepi jalan satu sen saja nilainya. Nak tambah pendapatan, tanam sahaja pokok dalam rumah kerana kalau tanam luar rumah mesti ramai yang akan curi. Tidak semua daun bernilai. Daun-daun keladi itu tak ada nilai langsung. Habislah selepas ini pucuk paku lebih mahal daripada kereta.
Aku memang saja membebel. Beberapa hari lalu aku menyusun kembali pelan hidup. Dengan pendapatan tidak sampai RM2K bagaimana aku boleh memiliki kereta, peti ais, komputer riba dan kamera tahun hadapan. Juga memiliki simpana sebanyak RM50K sebelum kahwin kerana majalah Maskulin menyatakan bahawa untuk majlis sederhana mewah duit yang diperlukan untuk perkahwinan adalah RM52K.
Dulu pernah aku bercerita tentang kalau itu dan kalau ini, kemudian seorang teman berkata, “kerana kalau lembu boleh terbang!”

No comments:
Post a Comment