Setelah lama tidak khatam buku, akhirnya sempat juga aku habiskan Travelog Haji. Hajat nak baca buku tersebut sudah lama. Cuma tiada lagi dalam rak. Alhamdulillah dapat hadiah daripada Kay, aku kira itu hadiah hari jadi paling lewat!
Kenapa aku membaca buku ini? Adakah aku sudah terpanggil untuk ke tanah haram? Susah untuk menjawab. Uh, aku masih belum terpilih untuk menjadi tetamunya. Padaku buku ini bukan harus dibaca oleh orang yang ingin mengerjakan haji, malah semua orang patut membaca. Kenapa?
· Buku itu mengajarku betapa Allah maha berkuasa memilih tetamuNya dan aku mahu segera dipilih menjadi tetamu istimewa. Selepas membaca buku itu, aku benar-benar berharap agar Allah menjadikan aku tetamu istimewanya segera. Wang bukan segalanya dan bukan kita saja merancang perancangan haji.
· Penulis juga bercerita betapa doa adalah senjata utama seorang muslim. Betapa aku sedar yang aku begitu yakin dengan usaha dan jarang sekali memohon doa untuk setiap usaha. Dia bahkan jarang sekali mengalpakan apa yang diminta. Aku harus betul-betul jadikan doa itu senjataku.
· Niat paling penting dalam setiap usaha. Kalau kita ke Makkah demi menjalankan ibadah, lalu kita akan beribadah. Kalau kita ingin menjadi pelancong, maka jadilah kita pelancong yang hebat. Sama juga bagi aku untuk Ramadan ini, harus aku betulkan niat sebaiknya.
Sesungguhnya ini adalah buku pengembaraan rohani yang menarik untuk dikongsi. Tahniah Prof Muhd Kamil Ibrahim untuk satu perkongsian yang hebat. Yasmin bahkan menghabiskan dalam masa empat jam sahaja. Hebat kuasa membaca Yasmin dan hebat juga kuasa menarik Travelog Haji. Tidak sabar untuk membaca Travelog Dakwah dan Haji Muda. Mungkin aku akan jadikan buku ini sebagai bacaan wajib setiap Syaaban.


2 comments:
buku terbaek!
mengajar orang mensyukuri segale nikmat menjadi manusia..
rase terpanggil mahu ke sane..
doa doakan ye?
hehe!
best ek...
tringin nk baca tp tak berkesempatan ..
pls hadiah kat i utk besday ni :p
Post a Comment