Berbuka di masjid atau berbuka di rumah? Itu adalah soalan yang sentiasa bermain di minda setiap kali mahu keluar daripada pejabat. Semalam ada jemputan berbuka bersama. Makan sedikit besar yang pastinya boleh membesarkan perutku. Bertambah boroilah puasa kali ini
Motorsikal pancit lagi semalam. Waktu itu sudah hampir 6.20 petang. Aku sudah gelisah. Segera mendail nombor talian hayat yang ada ditepi jalan. Alhamulillah, dia berjanji datang dalam masa 10 minit. Namun hampir jam 7.00 malam kelibat masih tidak kelihatan. Aku sudah gelisah. Nombor sama yang didail tidak berangkat! Uh! Hati bertatih mengira detik saat. Sebuah motorsikal berhenti bertanyakan sama ada aku sudah membuat panggilan atau belum. Lantas aku mengiyakan. Tapi dia bukan dia yang ditunggu. Setelah dipujuk dengan seribu gaya dan mengenangkan waktu berbuka sudah hampir akhirnya dia sanggup. Selesai, aku tersenyum gembira.
“Berapa ringgit?” tanyaku dalam slanga Kelantan kerana tukang baikinya adalah orang senegeri.
“Biasanya Rm25?” aku terus keluarkan duit. Berterima kasih dan berlalu.
Perkataan biasanya menunjukkan harga itu masih boleh ditawarkan lagi. Tetapi aku memilih untuk tidak melakukan tawar menawar kerana waktu sudah lewat, yang aku nampak adalah udang, ketam, pepahat dan kupang yang sedang berenang dalam lautan tom yam. Kedua, dia umpama malaikat yang datang menyelamatkan aku disaat-saat genting, aku percaya jika aku telefon dia lain belum tentu mereka sanggup datang. Ini adalah setengah jam paling kritikal dalam hidup untuk mereka yang berpuasa. Ketiga, kalau dapat kurang paling banyak RM5. Mesti dia akan kata, “Bagi la saya lebih sedikit, untuk berbuka.” RM5 itu rezekinya, mudah-mudahan Allah lebihkan rezeki ku 1000 kali ganda. Sebelum raya dapat bonus siapa tahu!!
Selesai, aku terus memecut laju dengan kelajuan itupun aku masih boleh dipotong lagi. Aduh! Lalu tidaklah sembat aku berbuka. Hampir sampai ke destinasi azan sudah bergema. Pantas aku mencari kedai mendapatkan setin air mocha. Uh, sudah lama tidak menikmatinya. Berbuka diatas motorsikal sambil menghidupkan untuk destinasi akhir. Pengalaman pertama seumpananya.Tetapi ini adalah pengalaman yang manis untuk diingati. Sekali lagi, itu adalah bukti kekuasaanNya. Kita hanya merancang. Sepatutunya aku ajak dia berbuka sekali, tentu lebih seronok berbuka berdua-dua.

3 comments:
part segala seafood dalam tomyam dalam imaginasi anak memang lawak.
hehe. nasib sempat buka puasa-kan. bawak motor tu hati-hati ye.
simama yang risau.
tips kak win klu blaku kegawatan semasa berbuka~korek hidung!
mamabintang: ya.. anakmu akan naik dengan penuh berhati-hati...
mel: itu la... aku sudah amalkan tip itu juga...
Post a Comment