Friday, September 24, 2010

Belut: Mencari Persamaan

Setiap kali balik kampung, antara menu wajib adalah paprik belut. Sungguh mengujakan apabila menikmati bersama semua ahli keluarga. Hari terakhir Ramadan tempoh hari, adikku membeli 5 kilogram belut, segar dari bendang dengan seorang petani. Maka berkendurilah kami adik beradik pada hari raya kedua dengan belut. Bergotong-royang menyediakan belut. Aku memang tak pandai nak sembelih belut, jadi aku hanya kerjakan bab-bab potong saja. Tapi ambil bab tu pun dah terpaksa bergelumbang dengan darah. Keistimewaan belut ini adalah kekuatannya. Degil sunggguh nak mati. Sudah sembelih masih bergerak lagi. Kadang-kadang masa buang segala isi perut, jantung masih lagi berdenyut kencang. Itu yang menambah kesedapan bila nak mengerjakan si belut ni.

Dalam keluarga kami, hanya Mi saja yang tak menikmati belut. Orang lain berlari mendapatkan belut. Lantaran aku pakar dalam bidang komen mengomel, lalu aku menjadi orang pertama yang dapat menikmati. Tak cukup garam ke, tak cukup manis ke, tak cukup masam ke, semua itu kerjaku. Rasa bukan setakat kuah saja, tentulah sampai ke isi sekali. Apabila dah cukup rasa, barulah masing-masing mengambil secukup pinggan rasa untuk diratah. Alhamdulillah, Mi boleh masakan kami walaupun dia tidak makan. Ada sesetengah orang kalau tak dapat makan memang sampai akhirnya tidak juga dapat memasak. Selain belut, Mi juga masakan kami ikan pari dan ikan belida yang juga tidak dimakannya.

darah belut yang bersepah..

Sering aku mencipta alasan untuk sesuatu aku tidak suka agar aku tidak terlibat dengannya. Contohnya, kalau aku malas pergi beraya di sesetengah rumah aku akan mencipta alasan. Mahu juga duduk termenung di rumah sambil menghadap televisyen. Kerja-kerja lain lagi banyak alas an yang aku cipta terutamanya hal-hal melibatkan kebun dan ladang yang penuh dengan nyamuk dalam semak, beridri di tengah panas mahupun mengotorkan tangan sekalipun gengan tanah. Seorang ibu sanggup mencari perasamaan demi membuktikan kasih sayang kepada keluarga. Membuang sejauh-jauhnya perbezaan supaya dapat berbual mesra dengan anak-anak hingga mengikuti segala rentak orang muda. Menggunakan kemahiran memasak demi sebuah hidangan yang disukai oleh kelurga. Tetapi anaknya mencipta segala asalan. Selalu memperlekeh segala. Uh, anak derhakakah aku? Ya, Allah berilakah aku ruang masa dan kekuatan untuk mencari titik persamaan dan berkati kepada kedua orang tuaku.

*Lamanya tak aktif di blog, perlu kembali aktif ni. Ramai peminat sudah tertanya-tanya. Peminat semua apa khabar?

6 comments:

fahmi mat zin said...

lamo nyo menyepi...

g mano gak...

ko cbuk loni???

huhuhu

fairuspeng said...

wow.. peminat sudah bersuara..

maaf sibuk sedikit..
cari buah rambai...
ni pun tak jumpa lagi

Irtiyah said...

Salam

Khabar baik.
Belut pun saya tak pernah makan.
Tapi roti bakar stesen kluang tu saya dah berjaya makan [dulu saya ada komen dalam entri tentang roti bakar tu]. hehehe

TulipKu said...

fahmi peminat en peng ko?hu..hu..
sibuk nga open house la tuh fahmi..mugo artis kee..hu..hu..
balik kg lah cr buah rambai en peng..

fairuspeng said...

kak irtiyah: ingat. oh, dah cuba rotinya ya! Macam mana, sedap ke? tak ada cerita kat blog pun huhuhu. Atau saya terlepas pandang..

Alia: Mesti la. Adik mesti ingat ko abe dia sokmo.

Irtiyah said...

sedap! tambahan lagi memang sedang kelaparan. memang tak buat entri di blog. mungkin akan datang?