Makan juga begitu. Minggu lepas saja beberapa kali mengunjungi kedai yang kaya dengan makanan. Adik-adik di UM seringkali mengomen aku. Katanya aku serba bernafsu dengan makanan dan memperlekehkan makanan yang pernah aku nikmati dahulu. Ya, aku tidak pernah puas menikmati makanan. Ada saja menu yang terlintas di fikiran. Rasa mahu makan che mek molek belum hilang, ada pula rasa mahu makan nasi kerabu dengan ayam percik, solok lada, telur masin dan daging bakar.
Ada teman menasihatiku untuk memandang ke bawah. Melihat kehidupan khalayak yang lebih rendah rezekinya. Memang kadang-kadang aku simpati kepada mereka terutamanya adik-adik, jadi sering juga aku belasah mereka di kedai-kedai makan.
Jika aku sering memandang ke bawah, melihat yang lebih daif, tentu aku akan berasa terlalu selesa. Cukup dengan rezeki yang ada. Hasilnya aku kini yang masih duduk di sini Termenung dan termanggu menanti rezeki. Matlamat tahunan seperti sudah jauh aku tinggalkan. Usia blog yang sudah sampai setahun juga seperti tiada banyak beza dan perubahan.
Mungkin ada sedikit perubahan dengan Hikayat Nazim Gagah, tapi berjayakah aku sekiranya seringkali cerita begitu menimbulkan kontrovesi (walaupun tidaklah semuanya). Seolah-olah aku tidak bergerak ke mana dengan idea penulisan aku. Setahun berlalu seperti tiada makna.
Azam sudah puas ditanam. Aku perlu lebih terasa tergugat. Jadi aku perlu banyak memandang ke atas. Kelak tidaklah termanggu-manggu di sini.
Sempena cukupnya umur setahun blog ke tiga ini, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca. Lakaran Ilham tidaklah hebat dan gah, menerima kunjungan kalin adalah satu penghormatan. Semoga kalian terus dapat membantu aku diam di sini. Membantu aku berbicara sendiri.
Aku akan terus di sini. Tidak mahu aku lari jauh. Tidak mahu aku sembunyi kerana di sinilah kalian boleh temui aku dalam dua versi. Ya, aku kadang-kadang menjadi Peng, seringkali juga menjadi Fairus. Aku mahu terus menjadi Peng tanpa melupai asalnya Fairus. Fairuspeng mudah-mudahan tidak pernah melupakan aku betapa hidup sentiasa celaka bahagia.
*Siapa yang nak hadiahkan kek ulang tahun boleh saja belikan pecan buttersoach di Secret Resepi.

9 comments:
Peng, agak2 nya ble kiter nak sedar ni ek??
selamat ulangtahun~ =)
Amboi..demandnya nak cake secret recipe.. :p
Birthday Peng ko?
iman: terima kasih
insyira: mestilah.. kecuali kek yang syira masak sendiri..
faraulah: bukan besday.. ulang tahun blog.. mudah-mudahan ada la masa nanti kita insaf... bab makan tak leh lari la..
hmmmmm...itu rahsianya rupanya!!!
peng, ingat2 awak tu dh tua..hehe
Hmm..
Peng, selalu aku nengok banyak gambor engko terbang lompat-lompat..
Just nak tanya,
Engko nie peminat Faizal Tahir ekk..? Yang ada lagu ala-ala Superman tuh.. huhuuhu..
peng ..banayk sgt ker cardigan yg awak ader?..kalo banyak sngt.buatlah entry..
Post a Comment