“Tak suka! Tak Suka!” Nazim Gagah menjerit sekuat hati. Terngaman kita sekelip jua. Cepat-cepat meluru ke dalam ruang kalbu.
“Nazim kenapa?” Dalam keadaan duduk menghadap jendela, Nazim Gagah menutup kedua-dua telinga. Kita jadi bimbang gundah bukan kepalang. Nazim Gagah baru tiba dari kampung halaman beberapa hari setelah sekian lama mengubati celaka. Alhamdulillah, Nazim sudah tampak sembuh sepenuhnya. Tiada bekas-bekas luka terbakar celaka. Tapi kita perasan Nazim Gagah sedikit banyak ada juga lain petah dan telatahnya.
“Aku tahu aku bukan besday bob, tapi janganlah diperlaku aku begini jadahnya?” Kita tambah kurang mengerti akan hebat bahasanya. Bob mana besday mana tidak kita ketahui, apakah bintang mugo yang disebut Nazim Gagah ini?
Inikah Bob itu?
“Kau pun sama!” jeling tajam merah mata kita ditenung Nazim Gagah. Suaranya sedikit terbang menggapai perabung marah.
“Kalau sudah tidak mahu menuruti mahuku pergi saja. Tutup saja pintu kalbu!! Biar aku duduk termanggu di sini.” Kali ini suaranya jadi garau. Tetap kita berdiri memandang Nazim Gagah yang sudah tidak berkelip merenung merah mata. Jantung kita sudah makin deras bergerak.
“Pergi saja dengan besday Bob, tinggalkan aku! Jauhi aku! Nyah kamu!” selangkah Nazim ke depan maju menghampiri kita. Ada getar pada hujung kaki kita yang dari tadi teguh berdiri. Tangan kanannya mememang genggaman lima jari sambil menumbuk-numbuk tapak tangan kiri yang dibiar lemah.
“Pergi kau!” Nazim melepaskan penumbuk ke dada kita. Kuat tidak gagah tetapi cukup untuk membuat kita sesah nafas. Segera kita peluk Nazim Gagah. Erat memegang tubuh, biar buncit perut kita menghalang baik erat.
“Nazim sabar, mengucap. Tidak ada apa yang berlaku. Aku masih sayangkan kau. Kau tetap sahabatku selamanya.” Dalam getar kita mengusap belai belakang Nazim. Suaranya tiada tetapi kepalanya sudah tersungkur di bahu kita. Tinggi berdiri yang sama menampah erat pelukan.
“Kenapa ni, khabarkan elok-elok.” Kepala Nazim kita usap perlahan-lahan. Dia segera mengangkat kepala kemudian duduk lemah di sisi katil.
“Aku memang jahat mulut sebar rahsia cerita cinta. Buruk perilaku gedik gaya. Busuk talian rajuk hujung mesej. Tapi kau fahamkan betapa segalanya aku buat pada sahabat yang hanya boleh memahami. Tidak aku simpan kunci lama segala rasa dalam hati. Tapi kalau sudah sampai begini aku diperlaku, tiada dapat aku menahan. Aku juga manusia yang ingin sentiasa kasih dan dikasihi. Aku berjuang sekuatnya mahu qiam dicelah sahabat baik teman erat kekasih hati untuk kalian. Ya, memang aku tiada segunung juta bukit ribu teman seperti kalian. Rahsia cinta kasih duka gembira celaka senang aku simpan kemas dalam hati. Sekali aku ditutup khabar duka ampang sedih puteri, aku masih tutup kalbu daripada diguris rasa, tetapi bila dibuat perlaku sering begini aku jadi terasa amat. Aku sedar betapa aku ini jauh lebih gedik jahat gelenyar daripada nate. Aku hanya punya kalian sebagai sahabat. Hanya kalian tempat aku mengadu kasih dua puluh rajuk dua belas, tapi kalau demi teman adi besday bob adik cinta wan aku dibiar sendiri aku akur mengalah. Biarlah aku mengundur pergi. Jangan sekali dibuang buruk aku.”
Aku Bukan Besday Bob!!!
Kita merenung Nazim Gagah sedalamnya. Mencari makna. Lalu kita jumpa rasa yang ada. Nazim Gagah sudah sembuh dari celaka tetapi ada luka dalam yang masih tersimpan. Kita tahu jarak sepurnama menjauhkan kasih. Panjang tumbuh hujung janggut menceraikan rasa bersama. Nazim Gagah cemburu berpada sebenarnya dengan erat kasih yang bersemi. Kita tidak boleh salahkan dia sahaja. Cinta sepetaling kasih setapak walaupun tidak kerana ikhtiarnya ada juga sumbang usaha darinya, maka memang patut kalau ada cemburu kerana terpinggir daripada sayang seorang sahabat karib. Bahkan gaduh berlawan kutuk malam siang memang permainan Nazim Gagah dalam mencari erat kasih, jadi kita kira semua faham isi benarnya. Gembira delicious makan penang diganti dengan tonton cawan segiempat, lalu tentu dia rasa iri adi bila dua jadi tiga.
“Aku rasa molek aku bawa diri ke gunung putra hutan jaya ataupun biar saja ditelan batu belah kilat batu bertangkup naim supaya hati tidak terusik kalian tidak terguris.” Ada linangan air mata pada hujung kelipan mata Nazim Gagah. Kita sekali lagi duduk mendakapnya.
Benar kata orang rasa sakit hati lebih seksa daripada bahana celaka. Mudah-mudahan Nazim Gagah lekas sembuh, boleh kita dengar cerita kelakar muram gedik sopan yang dibawa dari kampung. Semalam Nazim sempat bercerita tentang tampar-menampar. Nanti lain waktu kita sampaikan. Mahu kita menjadi tabib tidak bertauliah untuk Nazim beberapa hari. Mudah-mudahan ajaran kita tidak disalah erti hingga ditangkap.

3 comments:
sarankan saja ada Nazim Gagah supaya dibalut hatinya itu.
balut kuat-kuat
agar tidak remuk bila terluka
balut.
bangun.
tebalkan muka
hadapi hidup
teruskan.
senyum.
so many things in mind, but maybe they're better left unspoken.
kita pun simpan kemas dalam hati.
Kino: Nazim gagah tak dengar dah kata orang sekarag...susah la.. kita pun tak tahu nak wat cam mana?
Shye: Rasa Nazim Gagah pun ade yang simpan.. tapi dia ckp juga la bila tak tahan.. lagi satu Nazim ni memang suka bercerita..
Kalau Shye simpan mungkin elk untuk Shye.. tapi kita rasa Nazim lgi tak elok dia simpan lama-lama.. lagi teruk jadinya..
Shye tak sama Nazim Gagah.. Nazim tu jahat orangnya.. tidaklah semulia baik Sye
Post a Comment