Kenapa aku meredah? Sebab aku suka main hujan. Dulu masa kanak-kanak, pasti kena marah dengan Umi dan Abah jika main hujan. Oleh itu segala gian untuk bermain hujan. Larangan bermain hujan untuk kami adik-beradik diakui oleh nenek juga. Kalau bercuti di rumah nenek sekalipun, kami adik-adik beradik hanya menyaksikan sepupu-sepupu berlari di halaman rumah bermain hujan. Hujan di kampung tidaklah sehebat di Kuala Lumpur dengan ribut yang menakutkan. dilepaskan setelah dewasa
Ada dua perkara penting melibatkan hujan bagi pemandu motorsikal seperti aku. Pertama – jangan biarkan diri dibasahi hujan dan kedua – biar dibasahi hujan.
Pilihan pertama adalah di kalangan pemandu yang tidak akan sesekali meredah hujan. Oleh itu mereka akan segera berhenti di bawah jejantas, jejambat dan apa sahaja tempat yang boleh menyelamatkan diri. Matlamat mereka adalah memastikan baju tidak basah. Mungkin mereka akan demam jika hujan atau pun menghidapi asma. Barangkali ada juga sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka kurang selesa dibasahi hujan.
Pilhan kedua adalah untuk penunggang yang hanya tahu sampai dengan cepat ke destinasi. Basah itu soal lain. Lebih penting adalah sampai rumah lebih awal dan boleh berehat. Mungkin juga ada janji yang perlu ditunai, lalu perlu meredah hujan tanpa memikirkan soal basah. Aku memilih pilihan ini kerana aku mahu sampai rumah awal, boleh merehat sambil menonton Cinta Balqis dalam keadaan mata tertutup. Lantaran itu aku pernah cuba menjadikan falsafah ini dalam satu karyaku dengan maksud usaha adalah perkara yang paling penting dalam mencapai matlamat. Segalanya harus dilaksanakan sedaya-udaya dan selagi termampu, jika tidak matlamat tidak dapat dicapai.
Hujan juga tidak dapat lari daripada menggamit aku daripada mengingati tentang kesedapan makanan. Oh, kalau di kampung musim-musim hujan tidak pernah berhenti, pasti ada saja yang rasa ingin menikmati ubi kayu sele (ditenggelami air) dengan ikan kering dan kelapa parut bertemankan kopi O panas, juga ikan budu (sejenis ikan pekasam) yang digoreng bersama telur yang dinikmati dengan nasi panas serta putu halba (putu piring) yang banyak nise (gula Melaka versi Kelantan). Tiba-tiba teringat saja teringat pada cek mek molek,idaman yang masih belum tertunai. Oh, Peng dan makan tidak boleh dipisahkan.
Hujan, basah dan makan, kombinasi yang hebat. Sejuk-sejuk memang membuatkan kita lapar. Tidak sabar untuk pulang beraya. Kopi Kluang sudah dipesan daripada Kak Ha yang akan pulang bersama anak buah baru, Zulfahim.

1 comment:
Usahakan juga untuk pakai baju hujan....sayangi diri sendiri, kerana diri kamu itu sebenarnya ada hak kehidupan untuk orang lain...sama-sama kita renung dan fikirkan...;)
Post a Comment